window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30

Mersita Ā· May 25, 2021 11:00 AM

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30 01

Pemindaan had laju kepada hanya 30 km/jam di kawasan urban dan perumahan, bandar-bandar serta kampung-kampung akan dicadangkan untuk menjadi sebahagian daripada pelan keselamatan jalan raya nasional bagi tahun 2021 – 2030.

Ini adalah sebahagian daripada kempen global #Love30 bersempena dengan United Nations Global Road Safety Week 2021. “Managing Speed” menjadi tema kepada ASEAN Road Safety Week 2021 itu.

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Khairil Anwar Abu Kassim, berkata pindaan had laju ini dicadangkan bagi memperkasakan komuniti untuk membina suasana yang selamat, sihat, mesra alam, serta senang didiami dengan had laju 30 km/jam sebagai norma baharu bagi kawasan dimana pejalan kaki bercampur dengan trafik jalan raya.

Baca juga: Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam?

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30 01

Khairil memaklumkan MIROS akan berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), majlis-majlis perbandaran/daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), serta pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan bagi tujuan ini.

Satu kertas kerja bagi had laju baru yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah MIROS nanti.

“Kami akan muktamadkan pelan keselamatan jalan raya ini bersama-sama pelbagai pakar keselamatan jalan raya serta pihak-pihak terlibat sebelum dibawa ke Kementerian Pengangkutan,” beritahu Khairil kepada akhbar Free Malaysia Today.

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30 02

Untuk makluman, Malaysia merupakan salah satu negara yang diberi mandat 18 resolusi berkaitan keselamatan jalan raya di persidangan menteri-menteri peringkat global pada Februari tahun lalu.

80 pemimpin negara telah berikrar untuk mengurangkan jumlah kematian jalan raya menjelang 2030. Malaysia merupakan salah satu negara yang diberi mandat 18 resolusi berkaitan keselamatan jalan raya di persidangan itu.

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30 03

Tambahan pula, Ketua Pengarah World Health Organisation (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk mengguna pakai had laju 30 km/jam itu pada kadar segera di bandar-bandar bagi keselamatan dan keharmonian bersama.

Sumber berita: Free Malaysia Today (FMT)

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda