window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia!

Khairil ยท Oct 14, 2021 11:00 AM

Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia! 01

Satu perkembangan yang dinantikan apabila dua syarikat teknologi tempatan, Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd dan MNA Energy Sdn Bhd (MNAE) memeterai Perjanjian Induk (HOA) bagi membangunkan teknologi bateri untuk motosikal elektrik (EV Dua Roda).

Kerjasama itu membenarkan Ni Hsin EV Tech meneroka perniagaan membangunkan teknologi berkenaan bersama MNAE yang bertanggungjawab menghasilkan sistem simpanan tenaga bateri bagi pergerakan elektrik dan aplikasi tidak bergerak.

Juga baca: MARii: Insentif kereta elektrik (EV) yang lebih menarik di Malaysia menjelang Julai 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia! 01

Sebagai info, MNAE yang ditubuhkan pada 2016 adalah syarikat yang menerima geran penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membangunkan teknologi bateri generasi akan datang.

Ni Hsin EV Tech menerusi Pengarah Urusannya, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya melihat EV Dua Roda menerajui langkah ke arah penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh mengurangkan jejak karbon dan anjakan ke arah ekonomi lebih hijau.

Chee Kong berkata, pihaknya sedang membangunkan, dengan koloborasi bersama MNAE, sebuah sistem bateri maju dan prasarana pertukaran bateri diseragamkan untuk EV Dua Roda yang akan memudahkan penunggang untuk menukar bateri kosong mereka kepada bateri penuh di stesen-stesen yang akan kami bina.

Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia! 02

"Kami percaya ia akan meningkatkan penggunaan EV Dua Roda di kawasan bandar," katanya memetik laporan BHarian.

Chee Kong berkata, kerjasama dengan MNAE menyokong usaha pihaknya untuk meneroka perniagaan e-mobiliti kerana sistem bateri adalah kritikal kepada EV Dua Roda yang dibangunkan secara kolaborasi dengan Dongguan Tailing Electric Vehicle Co, Ltd.

"Kini kami berusaha mendapatkan permit Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk EV Dua Roda ini kerana VTA adalah mustahak bagi program SmartSwap MNAE ini", katanya.

Juga baca: Adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih bersih dari kereta enjin pembakaran?

Sistem pertukaran bateri yang dibangunkan oleh MNAE akan memaparkan ciri penjejakan bateri dan pengurusan menerusi rangkaian disambungkan kepada awan yang mana hayat bateri boleh dipantau.

Kerjasama Ni Hsin EV Tech, MNA Energy bangunkan teknologi bateri motosikal elektrik di Malaysia! 03

Tailg, antara model motosikal elektrik yang dicadangkan menerusi kerjasama Ni Hsin - Dongguan Tailin

Sistem itu boleh dibandingkan dengan yang dilancarkan oleh Gogoro, platform penjanaan pertukaran bateri Taiwan bagi EV Dua Roda di bandar.

Sebagai info, ekosistem EV disokong oleh Dasar Automotif Negara dan sejajar dengan usaha Malaysia menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik dan pembangunan prasarana berkaitan di teknologi berkenaan di negara ini.

Memetik laporan BHarian pada September lalu, Ni Hsin EV Tech  akan bekerjasama dengan syarikat China, Dongguan Tailing Electric Vehicle Co, Ltd untuk menghasilkan motosikal EV untuk kegunaan komersial di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda