window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai!

Faisal ยท Sep 3, 2022 08:00 PM

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 01

Sumber gambar: Media di Indonesia.

Baru-baru ini, tertular satu kisah di Indonesia yang mana seorang lelaki bernama Wardji yang disangka pengemis telah membeli sebuah Daihatsu Sigra 2022 serba baharu. Apa yang lagi menakjubkan ialah lelaki itu membelinya secara tunai.

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 02

Menurut laporan media Kompas.com, lelaki yang berusia 69 tahun itu hanya berjalan kaki dan membawa segumpal wang untuk membuat pembayaran terhadap kereta yang berharga 180.4 juta Rupiah (~RM 54,300) itu.

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, pengawal keselamatan di bilik pameran Daihatsu yang Wardji pergi pada mulanya hanya memandang lekeh terhadap beliau. Namun setelah seketika, pengawal itu membawanya kepada seorang pegawai jualan.

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 01

Berdasarkan apa yang diulas oleh penjual itu, pengawal tersebut tersalah sangka bahawa lelaki itu adalah pengemis kerana pakaiannya yang sebegitu rupa. Apapun, penjual itu kemudian membawa Wardji untuk melihat kereta-kereta yang ada di ruang pameran. Kalau anda nak tahu, Wardji tidak membuat pembelian terus. Sebaliknya, beliau berjanji untuk datang semula dengan membawa wang tunai yang cukup.

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 02

Sewaktu hari pembelian, Wardji sebenarnya hanya duduk di atas lantai kerana beliau hendak kira semula wang tunai tersebut supaya ia cukup. Menurut penjual itu, Wardji mengira dari jam 7 – 10 pagi. Menariknya, ada wang yang sudah reput dimakan anai-anai kerana ia disimpan terlalu lama.

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 03

Apapun selepas pembayaran selesai, kereta Sigra yang berwarna putih itu terus dihantar ke rumah Wardji. Kata penjual itu, rumah Wardji juga kelihatan biasa sahaja. Malah, garajnya pun tidak ada.

Lelaki disangka pengemis ini redah 'showroom' Daihatsu & beli kereta Sigra 2022 secara tunai! 04

Kisah sebegini memberi pengajaran kepada kita semua agar jangan pandang lekeh dan sentiasa berbuat baik kerana mana tahu ada rezeki di sebaliknya, sama macam apa yang diperoleh pegawai jualan itu.

Juga baca3 tahun menabung duit syiling, pekerja kaki lima beli Toyota Rush RM 80k secara tunai!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda