window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki memandu bogel rempuh SJR, 12 lampu isyarat, penunggang motosikal sebelum dicekup!

Khairil ยท Jul 16, 2021 02:30 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandu tanpa seurat benang menggunakan kereta jenis Honda City, lelaki yang disyaki kurang siuman itu menempuh perjalanan kira-kira 43 kilometer dari Bukit Jong, Kuala Nerus hingga Kampung Batu 18, Kuala Berang sebelum dicekup, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, buruh berusia 45 tahun itu merempuh tiga SJR, 12 lampu isyarat dan melanggar tiga kenderaan termasuk 2 motosikal sehingga menyebabkan salah seorang penunggangnya cedera parah.

Lelaki memandu bogel rempuh SJR, 12 lampu isyarat, penunggang motosikal sebelum dicekup! 01

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebaik melanggar SJR di Bukit Jong, lelaki berusia 45 tahun dari Taman Sinn, Semabok, Melaka itu dikatakan memecut kenderaannya menghala ke bandar Kuala Terengganu sebaik menyedari kenderaannya dikejar kereta peronda sektor Balai Chabang Tiga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang sedang membuat rondaan Ops Covid-19.

Lelaki memandu bogel rempuh SJR, 12 lampu isyarat, penunggang motosikal sebelum dicekup! 02

"Lelaki terbabit juga tidak mengendahkan arahan berhenti yang dikeluarkan polis sebanyak tujuh kali sebaik kenderaannya melalui persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Mizan berhampiran Perpustakaan Awam Negeri sebelum menghala ke persimpangan lampu isyarat Bukit Besar.

Juga baca: PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat

"Kenderaan terbabit kemudian terus memecut memasuki Jalan Kuala Berang dan melanggar 12 lampu isyarat dan tiga SJR sebelum ditahan di Kuala Berang."

Lelaki memandu bogel rempuh SJR, 12 lampu isyarat, penunggang motosikal sebelum dicekup! 03

Mohd Adli berkata, salah seorang mangsa iaitu wanita yang menunggang motosikal Yamaha NVX biru patah bahu kiri dan luka di bahagian kepala.

"Kerani berusia 46 tahun dari Kampung Batu 24, di sini, dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

Juga baca: Pemandu Perodua Axia mabuk, langgar arus rempuh motosikal

Lelaki memandu bogel rempuh SJR, 12 lampu isyarat, penunggang motosikal sebelum dicekup! 04

Katanya lagi, berlaku sedikit pergelutan ketika lelaki itu sebelum lelaki itu berjaya ditahan dan dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan segera selepas mengalami luka kecil di kepala, pipi kiri, kaki dan tangan.

Lelaki memandu bogel rempuh SJR, 12 lampu isyarat, penunggang motosikal sebelum dicekup! 05

Semakan rekod mendapati lelaki terbabit menghidap masalah sakit mental iaitu Schizophrenia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 APJ 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda