window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam!

Haris · Dec 3, 2021 08:00 PM

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam! 01

Jika anda mahukan sebuah Tesla di Malaysia, anda berkemungkinan besar akan menemui model recond sahaja dan seperti yang kita tahu, ia tidak lari dari isu dan masalah rekod penyelenggaraan atau kemalangan yang boleh dipersoalkan.

Walau bagaimanapun, peminat Tesla yang ingin mendapatkan model Tesla serba baharu tidak perlu risau kerana Carsome ada menjual beberapa unit baharu Tesla Model 3 di Malaysia.

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Diumumkan pada bulan September 2021, Carsome menawarkan unit baharu model Tesla ke negara ini dan anda boleh melihat sendiri kereta elektrik ini secara lebih dekat di reruai Carsome di Carlist Drive Auto Fair 2021, Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam mulai 3 hingga 5-Disember 2021.

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam! 01

Unit yang dipamerkan ini ialah varian Standard Plus asas. Kami telah meninjau sendiri kereta tersebut dan boleh menjamin bahawa ia masih belum disentuh orang ramai - kerana kereta ini dikunci setiap masa justeru tidak perlu risau untuk membeli unit yang ditawarkan oleh Carsome.

Tiada unit pandu uji tetapi bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh mendaftar minat di reruai Carsome tersebut.

Baca: Carsome menawarkan Tesla Model 3 Performance baru di Malaysia - RM 458k, siap waranti!

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam! 02

Tesla Model 3 yang ditawarkan oleh Carsome adalah unit spesifikasi Jepun dan Hong Kong serba baharu. Terdapat tiga varian Model 3 yang ditawarkan iaitu:

  • Standard Plus – From RM 358,000
  • Long Range – From RM 418,000
  • Performance – From RM 458,000
Perbandingan varian Tesla Model 3
Varian Standard Plus Long Range Performance
Pacuan RWD AWD AWD
Bateri (kWh) 55 82 82
Output (PS) 283 449 480
Jarak (km) 448 580 567

Perbezaan antara ketiga-tiga varian adalah prestasi dan jarak di mana varian Long Range menjurus kepada mereka yang mahukan jarak perjalanan jauh manakala Performance menawarkan output kuasa yang lebih tinggi.

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam! 03

Antara ciri menarik yang tersedia pada Tesla Model 3 termasuk AEB, Autopilot, tempat duduk hadapan boleh laras 12 arah, pelayar web dan karaoke. Ya, anda boleh ber-karaoke di dalam Tesla ketika memandu menghala ke Taman Astakona atau Taman Rashidah Utama. 

Lihat sendiri Tesla Model 3 di reruai Carsome, Drive: Auto Fair 2021 Setia Alam! 04

Kesemua varian Tesla Model 3 disertakan dengan waranti rasmi Tesla yang terdiri daripada Waranti Kenderaan Asas Terhad (4 tahun atau 80,000 km, yang mana dahulu) dan Waranti Terhad Tambahan (5 tahun atau 100,000 km, yang mana dahulu).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda