window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton layak terima layanan istimewa kerana masih dianggap pengeluar kereta nasional - Timb. Menteri

Haris · Mar 14, 2023 11:00 AM

Proton layak terima layanan istimewa kerana masih dianggap pengeluar kereta nasional - Timb. Menteri 01

Sumbangan Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kepada industri automotif tempatan membolehkan kedua-dua syarikat itu masih dianggap sebagai pengeluar kereta nasional.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong bagaimanapun berkata kedua-dua syarikat kereta itu perlu memastikan kriteria seperti yang digariskan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dipatuhi.

Proton layak terima layanan istimewa kerana masih dianggap pengeluar kereta nasional - Timb. Menteri 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Dengan kriteria yang ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodua yang boleh memenuhi kriteria tersebut juga layak dipertimbangkan sebagai projek kereta nasional dan diberi layanan sama," katanya dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang bertanya mengapa Proton masih diberi pelbagai rawatan khas apabila pemilikannya hanya 51 peratus dikuasai oleh warga Malaysia.

Proton layak terima layanan istimewa kerana masih dianggap pengeluar kereta nasional - Timb. Menteri 01

Liew berkata antara kriteria bagi projek kenderaan Malaysia adalah pemilikan majoriti tempatan, tumpuan kepada pembangunan rantaian bekalan tempatan, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan tempatan serta menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata Proton telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 8,500 orang dengan 99 peratus daripadanya adalah daripada komuniti setempat.

Baca: Proton 'kongsi rezeki', salur sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SK dan SMK Proton City!

Proton layak terima layanan istimewa kerana masih dianggap pengeluar kereta nasional - Timb. Menteri 02

"Proton juga melantik lebih daripada 180 syarikat tempatan Tahap-1 dalam keseluruhan rantaian bekalannya dan nilai purata perolehan tempatan adalah antara 75 peratus dan 80 peratus, terutamanya bagi model yang dibangunkan sepenuhnya di dalam negara," katanya.

Justeru, beliau berkata Kementerian Perdagangan dan Industri akan sentiasa memantau pematuhan Proton dan Perodua terhadap kriteria yang telah ditetapkan dan akan mengemas kini dasar itu dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan industri automotif global.

Baca: Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda