window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia!

Haris · May 20, 2021 09:00 AM

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 01

Mahindra & Mahindra Limited, pengeluar kenderaan dari India kini diheret ke mahkamah Australia atas dakwaan pelanggaran hak cipta rekaan. Plaintif, Fiat Chrysler Automobiles iaitu syarikat induk Jeep telah mendakwa bahawa rekaan Mahindra Thar meniru rekaan Jeep Wrangler.

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kontroversi ini bermula apabila pendaftaran minat untuk Mahindra Thar dibuka di Australia. Kemudian, model pandu uji Mahindra Thar juga telah dikesan.

Mahindra walau bagaimanapun menolak semua dakwaan ini dengan kenyataan media bahawa Mahindra Thar tidak akan dikeluarkan ke pasaran baharu, fokus untuk memenuhi pasaran India sahaja.

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 01

Gambar intipan Mahindra Thar di Australia. Sumber: Indian Autos

Mahindra Thar adalah sebuah SUV gaya hidup yang ditawarkan dalam 2 pilihan enjin iaitu enjin 2.0 liter turbo-petrol (150 PS) dan 2.2 liter turbodiesel (130PS), kedua-duanya digandingkan dengan transmisi manual dan automatik 6-kelajuan.

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 02

Model ini agak popular dan laris di India, malah ada yang melaporkan bahawa tempoh menunggu mencecah sehingga 11 bulan. Mahindra Thar generasi kedua dilancarkan pada tahun 2020 dan model baharu inilah yang dikatakan akan dibawa masuk ke Australia.

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 03

Jeep Wrangler

Mahindra dan Jeep pernah mempunyai hubungan perniagaan, di mana Mahindra menerima lesen untuk memasang model Willys Jeep seawal tahun 1948. Jeep pula telah berubah syarikat induk di mana pemilik terkini adalah Fiat Chrysler Automobiles.

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 04

Mahindra Roxxor pasaran Amerika Syarikat

Sebelum ini, FCA dan Mahindra pernah naik ke mahkamah di Amerika Syarikat kerana FCA mendakwa rekaan Mahindra Roxxor meniru rekaan Jeep Willys CJ. Badan kehakiman Amerika kemudiannya membuat keputusan yang memihak kepada Mahindra tetapi dengan syarat beberapa rekaan pada Roxxor perlu diubah dan direka semula.

Mahindra Thar didakwa tiru rekaan Jeep Wrangler, tak sempat jual terpaksa dihentikan di Australia! 05

Strategi Mahindra ini sedikit kontroversi, di mana aktiviti meniru lebih sinonim di kalangan jenama automotif China. Walaubagaimanapun, konteks ekonomi dan latar perundangan yang berbeza tidak memberi kelebihan kepada pengeluar India untuk meniru. Lagipun, mengapa tiru jika ada peluang kerjasama atau rebadge? Sumber: Indian Autos

Bacaan Menarik:

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan!

Hati-hati dengan Seiyong S1, kereta ‘sampah’ dari China ini mungkin masuk Malaysia

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda