window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90?

Haris · Jan 26, 2023 01:00 PM

Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90? 01

Malaysia Autoshow 2023 bakal meneruskan edisinya pada tahun ini dengan beberapa penambahan pameran baharu yang lebih relevan dengan industri automotif.

Dalam satu laporan daripada Berita Harian, pameran auto yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) yang menampilkan pameran kenderaan dan teknologi terkini itu kini sudah menjengah edisi ke-6 dan akan dianjurkan dari 4 hingga 7 Mei 2023 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut MARii, pameran itu disusun untuk memaksimumkan potensi membabitkan kedua-dua pemain industri dan pengguna, dengan membangunkan kesedaran pasaran mengenai produk dan perkhidmatan mobiliti masa depan untuk merangsang pasaran pengguna yang lebih mementingkan teknologi.

"Jenama automotif terbesar di negara ini akan mengambil bahagian dalam pameran tahun ini dengan tema 'Mobility Redefined'.

"Pameran automotif ini juga kembali dengan penambahan ciri baharu termasuk Pameran Motorsikal Malaysia, Pameran EV Malaysia dan Charged," katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90? 01

Hadiah cabutan bertuah ketika Malaysia Autoshow 2019

"Edisi 2023 akan mengekalkan tradisi pameran auto ini dengan mempersembahkan ekosistem pengalaman untuk pelawat dari semua peringkat umur," katanya.

Antara tarikan yang diadakan untuk menarik pengunjung adalah pandu uji kenderaan terbaharu di laluan ujian sepanjang tiga kilometer, mempelajari pengalaman mengenai ciri teknologi kenderaan dan mengambil bahagian dalam aktiviti dalaman dan luaran berkaitan mobiliti yang mengasyikkan di ruang seluas 30,000 meter persegi di tapak pameran MAEPS.

Malaysia Autoshow 2023 kembali - bakal pamer Perodua Axia D74A baharu, Proton X90? 02

Gambar intipan dipercayai Proton X90. Kredit

Di samping itu, Malaysia Autoshow 2023 boleh menjadi pentas untuk pelancaran model baharu.

Beberapa model baharu dari Proton dan Perodua, dua jenama automotif tempatan hampir pasti akan dilancarkan pada tahun 2023 ini. Pelancaran atau pameran Proton X90 pada pameran Malaysia Autoshow 2023 boleh menjadi tarikan utama pengunjung.

Malaysia Autoshow edisi sebelum ini juga pernah menjadi pentas pelancaran untuk Perodua Bezza varian baharu GXtra dan BMW i3S justeru tidak keterlaluan untuk menjangkakan model baharu akan dilancarkan.

Spekulasi turut mengatakan bahawa Perodua bakal melancarkan Perodua Axia generasi baharu D74A seawal Februari 2023 lantas mempunyai masa yang mencukupi untuk dipamerkan pada pameran automotif tersebut.

Baca: Perodua Axia 2023 D74A akan debut sebelum Ayla & Agya, Malaysia mendahului Indonesia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda