window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih ingat BMW yang gilis lelaki di Johor? Pesalah kini bebas

Haris · Sep 7, 2020 11:00 AM

Masih ingat BMW yang gilis lelaki di Johor? Pesalah kini bebas 01

Pada 21 Disember 2017, kita pernah digemparkan dengan berita seorang lelaki yang digilis sebuah BMW ala kongsi gelap. Bukan itu sahaja, mercun turut dibaling di stesen minyak tersebut, menyebabkan panik dalam kalangan orang awam. Kejadian yang berjaya dirakam tersebut terjadi di Taman Pelangi, Johor Bahru. Rakaman boleh dilihat di bawah.

3 lelaki telah pun ditangkap dan disiasat akibat tuduhan membunuh dan subahat. Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa kesemua pesalah yang terlibat telah pun dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Masih ingat BMW yang gilis lelaki di Johor? Pesalah kini bebas 01

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Gan Jia Ji, 22, Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu. Shahnaz dalam penghakiman di akhir pendakwaan berkata, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan kesemua tertuduh dilepas dan dibebas.

  1. Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

  2. Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi, selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

  3. Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan," katanya ketika membacakan penghakimannya.

Masih ingat BMW yang gilis lelaki di Johor? Pesalah kini bebas 02

Keluarga mangsa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan setakat berita ini dilaporkan. Walaubagaimanapun, keputusan penghakiman sememangnya adil dan saksama. Hujah yang dibawa oleh pihak pendakwaan dilihat agak lemah. Bukan senang untuk menyabitkan kesalahan terhadap seseorang apatah lagi dalam kesalahan berat seperti membunuh.

Sumber: Harian Metro, Kredit foto: Zain Ahmed

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda