window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih ramai ibu bapa benarkan anak memandu tanpa lesen, banyak alasan tak munasabah - JPJ

Mersita ยท Jun 30, 2022 04:00 PM

Masih ramai ibu bapa benarkan anak memandu tanpa lesen, banyak alasan tak munasabah - JPJ 01

Seperti ramai sudah sedia maklum sejak sekian lama, memandu tanpa lesen memandu sah adalah salah di sisi undang-undang. Namun, kesedaran dikalangan pemilik kenderaan tentang bahaya membenarkan pemandu tanpa lesen atau golongan bawah umur memandu di jalan raya cukup rendah kerana jumlah kesalahan ini masih tinggi mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, memberitahu Bernama jumlah rekod kesalahan memandu tanpa lesen sah tidak menunjukkan perubahan positif. Seramai 347,300 pemilik kenderaan didapati membenarkan pemandu tanpa lesen memandu kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei 2022. Lima bulan pertama tahun ini saja sudah merekodkan 55,000 kesalahan sama di seluruh negara.

“Menurut pemerhatian dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungjawab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan. Kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang membenarkan anak-anak, termasuk yang di bawah umur, memandu tanpa lesen dengan pelbagai alasan tidak munasabah,” katanya lagi kepada akhbar itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Ibu bapa pemandu Alza bawah umur langgar pemotong rumput di Kedah berdepan tindakan - MOT

Pemilik kenderaan yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang membawa denda tidak kurang RM 300 dan maksimum RM 3,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Aedy juga memberi amaran bahawa tindakan lebih tegas boleh diambil keatas pemilik kenderaan mengikut Seksyen 64 (1) APJ 1987.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda