window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang!

Haris Β· Dec 20, 2022 11:59 AM

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang! 01

Mazda nampaknya mahu beralih daripada CX-9 dengan kehadiran model mercu terbaharunya, Mazda CX-90. SUV baharu tersebut disasarkan untuk pasaran Amerika Utara yang menuntut kejuruteraan terbaik Mazda untuk bersaing dalam antara pasaran terluas di dunia. 

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang! 02

Mazda CX-60

Mazda CX-90 pada asasnya adalah SUV yang lebih besar kepada Mazda CX-60 yang sudah pun melakukan penampilannya. Ia akan menjadi kenderaan elektrik hibrid (PHEV) plug-in pertama Mazda di A.S. dan akan membuat debut globalnya pada Januari 2023.

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Melalui satu kenyataan media, Mazda mendakwa bahawa Mazda CX-90 PHEV akan "mengekalkan sifat responsif, prestasi dan dinamik pemanduan yang mentakrifkan model kenderaan Mazda". Ia dikuasakan oleh rangkaian kuasa e-Skyactiv serba baharu namun Mazda hanya akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai trenkuasa ini menjelang pelancarannya.

Apa yang didedahkan oleh Mazda setakat ini ialah enjin di bawah hud depan adalah enjin 6-silinder sebaris seperti yang dimuat naik oleh imej awal Mazda CX-90. Enjin itu dikatakan telah ditala khusus untuk pasaran Amerika Utara, memberikan pelanggan aspek terbaik dari segi kedua-dua prestasi dan efisiensi.

Baca: 2022 Mazda CX-8 dikemaskini - varian 2.5T AWD, warna baharu, dari RM 178k!

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang! 01

Mazda CX-60 PHEV spesifikasi EU, hanya 4 silinder

Walaupun Mazda CX-60 pasaran Eropah/Jepun/Australia ditawarkan dengan unit enjin 6-silinder sebaris, perlu diingat bahawa ia hanya ditawarkan dengan konfigurasi mild hybrid, pengecas turbo atau turbodiesel. Hibrid plug-in hanya tersedia dalam enjin 4-silinder 2.5 liter petrol.

Baca: Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja!

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang! 02

Mazda CX-90 ialah SUV tiga baris penumpang dan bakal menjadi SUV mercu syarikat di bawah pelan "Large Product Group". Ia bertujuan untuk pasaran Amerika Utara bersama-sama dengan Mazda CX-70 yang kecil sedikit dan belum diumumkan. Mazda CX-60 dan CX-80 bernombor genap dimaksudkan untuk pasaran luar negara termasuk Jepun, Eropah dan Australia.

Apabila bercakanp mengenai Australia, Mazda Australia juga baru-baru ini menyiarkan pendaftaran minat (ROI) di tapak laman webnya. Adakah ini bermakna Mazda CX-90 juga akan diperkenalkan untuk pasaran Australia?

Mazda CX-90 bakal model termewah Mazda - enjin 6-silinder, RWD, plug in hybrid, 7-penumpang! 03

Mazda CX-60 menyusul ke Malaysia tahun 2023

Walaupun mungkin akan dilancarkan di Australia terlebih dahulu, peluang untuk kehadirannya menuju ke Malaysia tidak begitu cerah. Sebaliknya, Mazda CX-60 hampir pasti akan dilancarkan di Malaysia, mungkin pada tahun 2023.

Apabila Mazda  CX-60 tiba, ia dijangka akan bersaing rapat bukan sahaja menentang pesaingnya dari Jerman tetapi juga Toyota Harrier yang malar hijau.

Baca: Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda