window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja!

Haris Β· Nov 23, 2022 01:00 PM

Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja! 01

Mazda Motor Corporation mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan model enjin pembakaran SkyActiv biasa dalam dekad ini dan akan berusaha ke arah memperkenalkan barisan enjin e-SkyActiv (hibrid atau bateri EV) elektrifikasi 100 peratus menjelang tahun 2030.

Syarikat itu juga menambah bahawa nisbah jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) akan meningkat antara 25 hingga 40 peratus menjelang 2030. Selebihnya akan dipenuhi oleh kenderaan hibrid.

Mazda juga menambah bahawa ia akan memperkenalkan sistem hibrid generasi baharu dalam dekad ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja! 01

Mazda 2 Hybrid pasaran Eropah

Pada masa ini, satu-satunya model hibrid Mazda yang dibangunkan sendiri ialah Mazda CX-60 PHEV. Bagi model Mazda 2 pasaran Eropah, ia merupakan rebadge daripada Toyota Yaris Hybrid, manakala semua model hibrid Mazda yang lain adalah daripada jenis mild hybrid.

Model EV khusus baharu juga akan diperkenalkan di China. Sebagai rujukan, Mazda MX-30 bukan model BEV khusus kerana ia juga boleh didapati dalam varian 2.0 liter mild hybrid di Jepun dan Australia.

Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja! 02

Impian bagi menampilkan barisan enjin elektrifikasi ini akan direalisasikan oleh satu siri perjanjian yang ditandatangani dengan beberapa pakar EV Jepun – kebanyakannya adalah syarikat yang berpangkalan di Hiroshima – untuk mencapai pembuatan secara dalaman / bersama bagi motor pemacu elektrik, penyongsang (inverter) dan komponen elektronik kawalan kuasa.

Mazda sangat berbangga dengan asal usulnya yang bermula di Hiroshima lantas dengan pakatan baharu β€˜Team Hiroshima EV’ ini, Mazda berharap untuk terus menyediakan pekerjaan kepada penduduk Hiroshima.

Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja! 03

Mazda telah menubuhkan syarikat usaha sama pelbagai pihak yang dipanggil MHHO Electric Drive Co., Ltd., akronim untuk Mazda, HIROTEC, Hiroshima Aluminium Industry dan Ondo.

Mazda akan memiliki 10 peratus daripada syarikat usaha sama itu, dengan matlamat untuk membangunkan teknologi pengeluaran yang sangat cekap untuk unit pemacu elektrik yang menggunakan aset sedia ada secara maksimum, serta penubuhan sistem yang diperlukan untuk pengeluaran dan pembekalan unit pemacu elektrik.

Mazda sasar 100 peratus model elektrifikasi menjelang 2030, dari rotari kepada hibrid atau EV sahaja! 04

Mazda juga telah mewujudkan usaha sama 50:50 dengan Imasen Electric Industrial untuk membangunkan inverter yang mengandungi semikonduktor kuasa SiC. Syarikat baharu itu akan dipanggil Mazda Imasen Electric Drive Co., Ltd.

Mazda juga telah bekerjasama dengan Fukuta Electric & Machinery dan Chuo Kaseihin untuk menubuhkan MCF Electric Drive Co., Ltd., untuk membangunkan teknologi canggih untuk motor kenderaan elektrik. 50 peratus usaha sama ini juga dimiliki Mazda.

Baca: Pintu but auto buka dah canggih, tapi lambat macam siput? Ini cara Mazda selesaikan masalah pada CX-30

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia