window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti?

Haris · Jun 20, 2021 04:00 PM

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 01

Kereta Jerman selalu digembar-gemburkan dengan tahap keselesaan, dinamik pemanduan dan kualiti yang melebihi pesaing Timur, Perancis dan sebagainya. Model dari Stuttgart (kini banyak dipasang di Pekan, Pahang), Munich (baca: Kulim) dan Ingolstadt ini diwakili oleh jenama-jenama yang tidak asing lagi iaitu Mercedes-Benz, BMW dan Audi.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 02

Setiap jenama ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Melihat kepada sejarah pembangunan jenama yang panjang, adakah trio ini masih mengekalkan kekuatan yang sama sejak desenium lepas? Kekuatan yang kami maksudkan ini tentulah keselesaan (Mercedes-Benz), dinamik pemanduan (BMW) dan kualiti (Audi).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes - Keselesaan yang tiada tandingan

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 01

Anak orang 'ada-ada' atau sekurang-kurangnya kita yang memasang angan mungkin mampu mengingati zaman Mercedes-Benz lama dengan model seperti W201 190E dan W124 260E yang dibina premium, selesa dan tahan lasak. Tak dilupakan juga model seperti W123 E-Class dan juga W126 S-Class.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 02

W124 facelift dengan logo Mercedes-Benz tegak berdiri

Dikenali sebagai sebuah jentera yang 'terlalu direkayasa' (over engineered), kita masih melihat model-model ini di atas jalan dengan harga sekitar RM 10k. Itu pun, selepas 20 tahun digunakan. Bayangkan dengan perbatuan melebihi 200,000 km, ia masih bertahan atas jalan.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 03

Generasi boomer dan X tentunya akan setuju bahawa Mercedes-Benz zaman dahulu jauh lebih selesa, 'karpet terbang' berbanding BMW dan Audi.

Model Mercedes-Benz zaman sekarang pula mempunyai keselesaan dan kelengkapan kabin yang jauh lebih elegan dan premium berbanding zaman dahulu namun, adakah keselesaannya kekal sama?

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 04

Jawapannya lebih kepada ya berbanding tidak. Model W205 C-Class memiliki keselesaan pemanduan yang sama baik. Pengalaman kami baru-baru ini dengan sedan A250 (AMG Line tentunya) dan GLE 450 menunjukkan bahawa Mercedes boleh dan masih mampu memberikan keselesaan perjalanan. Namun mungkin tidak sebaik dahulu?

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 05

Rekaan kabin yang ... unik

Bagi aspek pengendalian pula, ia bagus tetapi bukan yang terbaik. Mercedes masih belum mencapai tahap pengendalian BMW walaupun dengan enjin yang lebih canggih dan transmisi yang lancar. Pembeli Mercedes pun tidak hairan jika ia mampu mengalahkan BMW. Pembeli Mercedes lebih suka bersantai-santai dengan selesa dan tenang.

BMW - Pengendalian yang baik setiap masa

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 06

Tiada pengeluar lebih baik untuk sport sedan selain BMW

BMW sentiasa mementingkan asas pemanduan yang sporty, walaupun dalam model standard biasa. Antara BMW terawal yang pernah penulis pandu adalah 3-Series E46 dan mengagumi bahawa segalanya berpusat kepada pemandu (konsol tengah juga senget sedikit ke arah pemandu).

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 07

E46 BMW M3 dan konsol tengah yang senget sedikit ke arah pemandu

Hari ini nampaknya, beberapa intipati dari apa yang menjadikan BMW sangat senang dipandu telah hilang di bahagian dalam. Walaupun ia masih yang terbaik dalam 3 jenama Jerman ini, kabin dengan ciri yang berpusat ke arah pemandu sudah tidak lagi diketengahkan. Apa yang anda dapat dengan kabin dalaman BMW moden adalah sekadar fungsi. Terasa sedikit kosong.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 08

Pengalaman pemanduan BMW masih baik namun tertumpu pada model spesifikasi tinggi atau prestasi. Memandu BMW M340i dengan enjin 6-silinder 3.0 liter B58 dengan padanan transmisi ZF automatik 8-kelajuan membuatkan saya mencari-cari kereta dengan enjin 6 silinder selepas tamat pandu uji. Dalam aspek pemanduan, BMW tidak hilang kesemuanya.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 09

Enjin B58

Dinamik pemanduan yang tepat dan jitu adalah kelebihan BMW berbanding saudara Teuton yang lain. Aspek ini masih dikekalkan, walaupun pada model seperti BMW 330i G20.

Model F30 generasi sebelum ini mencapai keseimbangan antara pemanduan dan pengendalian tetapi sayangnya generasi G20 cenderung kepada pengendalian sahaja. Malah, G20 terasa lebih dekat dengan generasi E90. Ini bukan sesuatu yang konsisten dalam 3 generasi. Adakah ini isu bagi golongan yang sukakan pemanduan mantap? Mungkin tidak.

Audi - Pilihan selamat

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 01

Seimbang

Tak semua orang pernah merasai Audi namun bagi mereka yang pernah tentunya kagum dengan keseimbangan antara keselesaan dan pengendalian Audi. Jika anda rasa keseimbangan bukan satu aspek yang menonjol, ingat Thanos.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 02

Rekaan dalaman Audi klasik, masih kelihatan moden

Dari segi rekaan luar dan dalaman, Audi memang menonjolkan suatu keseimbangan yang baik. Rekaan luar Mercedes-Benz misalnya sangat menarik, cantik manakala BMW terasa kosong. Menariknya, rekaan kemas ini memang tanda asal Audi dari dulu hingga kini. 

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 03

Pengalaman memandu Audi A5 Sportback juga terasa sangat seimbang. Tiada aspek yang terlalu menonjol tetapi tiada aspek yang buruk langsung. Malah, kami dapati golongan ada-ada yang sedikit berumur mampu menghargai harga yang tinggi untuk Audi, sesuatu yang tak dapat difahami oleh peminat Mercedes-Benz dan BMW yang rata-ratanya dari golongan biasa yang baru menempa kejayaan. Lambang itu penting.

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 04

Ianya selamat, seimbang dan jujur. Ia tidak cuba menjadi kereta yang terlalu laju, tidak cuba menjadi kereta yang terlalu menonjol dan tidak cuba menjadi kereta yang paling cantik dalam pasaran. Audi adalah Audi dan hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.

Konklusi - Stereotaip diteruskan?

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 05

Dunia automotif akan menjadi sangat membosankan jika semua pengeluar melakukan perkara yang sama. Pembaharuan sangat dialu-alukan dan risikonya tentulah kritikan. Ada yang suka pembaharuan tetapi hakikatnya ramai mahu kekal sama. 

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 06

Akhirnya, tiada betul atau salah dalam bagaimana jenama premium ini menonjolkan visi mereka dalam bentuk kereta. Tentukan apa yang anda mahukan dari pembelian kereta anda. Justeru, apakah pilihan anda antara ketiga-tiga jenama ini?

Bacaan Lanjut:

Bagaimana simbol seperti Mercedes & BMW kuat? Benarkah mitos jenama mempengaruhi persepsi kita?

Perodua Aruz, Proton X70. Ke mana hilangnya nama tempatan seperti Kancil dan Saga?

Merc, BMW, Audi lama vs baru - Masih selesa, sedap dipandu dan berkualiti? 07

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda