window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km!

Faisal · Feb 23, 2024 06:12 PM

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 01

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz C-Class varian hibrid plug-in (PHEV) C350e. Model yang dipasang (CKD) di Pekan, Pahang ini ditawarkan pada anggaran harga RM 355,000 dan menariknya, ia juga mengganti varian C350 AMG Line. Ini bermaksud penawaran di Malaysia sekarang ini adalah seperti berikut:

  • C200 Avantgarde - RM 292,888
  • C300 AMG Line - RM 333,888
  • C350e AMG Line - est. RM 355,000

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 02

Dari segi teknikal, C350e hadir dengan enjin 2.0L turbo (204 PS, 320 Nm) yang dibantu oleh motor elektrik (129 PS, 440 Nm). Jumlah kuasa adalah sebanyak 313 PS/550 Nm. Kuasa kekal dihantar ke roda belakang (RWD) melalui transmisi automatik 9-kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 01

Sebagai sebuah PHEV, C350e datang dengan bateri berkapasiti 25.4 kWj yang boleh menawarkan pemanduan elektrik sehingga 117 km (WLTP) dengan kelajuan mencecah 140 km/j. Kelajuan tertinggi pula boleh pergi sehingga 245 km/j.

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 02

Untuk mereka yang hendak mengecaj C350e ini, jenis DC menyokong sehingga 50 kW tetapi tidak dilengkapkan kerana difahamkan bahawa pengguna C-Class tidak selalunya berjalan jauh tetapi perkara ini masih dalam pemerhatian. Jenis AC pula pada 11 kW. Melalui DC, bateri hanya perlu 30 minit untuk satu caj penuh tetapi kalau pakai jenis AC melalui wallbox, ia akan mengambil masa 2 jam.

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 03

Pada bahagian luar, C350e datang dengan estetik AMG, Night Package, rim 18-inci dan suspensi belakang jenis udara. Lampu hadapannya pula dinaik taraf dengan Digital Light headlamps dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus.

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 04

Cumanya, audio Burmester dan penyaman udara dwi-zon mssih tidak dilengkapkan.

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 05

Mercedes-Benz C350e PHEV 2024 dilancarkan di Malaysia - RM 355k, suspensi udara, 'range' EV cecah 117 km! 06

Waranti pula diberi selama 6 tahun tanpa had kilometer untuk bateri tetapi secara amnya, C350e disokong oleh waranti 4 tahun tanpa had kilometer.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda