window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e

Mersita ยท Aug 7, 2023 03:00 PM

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e 01

W206 Mercedes-Benz C350e pasaran Thai

W206 Mercedes-Benz C-Class varian hybrid plug-in (PHEV) iaitu C350e sedang menanti pelancarannya di Malaysia. Info diperoleh daripada pengedar Mercedes-Benz menyatakan yang varian C300 akan digugurkan dari pasaran dan bakal diganti oleh C350e menjelang penghujung tahun 2023.

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e 02

Buat masa sekarang, Mercedes-Benz C-Class boleh didapati dalam 2 varian iaitu C200 Avantgarde dan C300 AMG Line, masing-masing berharga RM 292,888 dan RM 333,888. Kedua-dua model ini dipasang tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.

Juga baca: Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e 01

Mercedes-Benz C200 dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 1.5 liter 4 silinder yang digandingkan dengan โ€˜integrated starter generatorโ€™ (ISG) 48V โ€“ menjadikannya unit hybrid sederhana (MHEV). Ia mampu menghasilkan 204 PS/300 Nm.

Di samping itu, C300 pula didatangkan dengan enjin hybrid sederhana berpengecas turbo 2.0 liter 4 silinder yang menjana 258 PS/400 Nm. Kedua-dua jenis enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 9 kelajuan.

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e 02

W206 Mercedes-Benz C350e pasaran Thai

Terdahulu pada 2017, Mercedes-Benz C350e generasi W205 dilancarkan di Malaysia dengan 3 varian yang dijual pada harga bermula dari RM 289,888 hingga RM 299,888. Namun, penjualannya dihentikan tidak lama selepas itu iaitu pada 2018.

Model BMW yang setaraf dengannya ialah 330e โ€“ boleh didapati di pasaran Malaysia dengan 1 trim saja iaitu M Sport โ€“ dijual pada harga RM 298,800 (termasuk lanjutan waranti dan pakej servis).

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e 03

W206 Mercedes-Benz C350e pasaran Thai

Di Thailand, W206 Mercedes-Benz C350e dilancarkan pada November 2022 dan dijual pada harga THB 3,350,000 (kira-kira RM 439k pada kadar terkini).

Ia dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 2.0 liter 4 silinder yang menjana 204 PS/320 Nm. Digandingkan dengan motor elektrik, janaan penuhnya mencapai 313 PS/550 Nm dan menggerakkan roda belakang menerusi kotak gear automatik 9 kelajuan.

Mercedes-Benz C300 2023 akan dihentikan di Malaysia, diganti oleh PHEV C350e 04

W206 Mercedes-Benz C350e pasaran Thai

Ia turut dilengkapi bateri 25.4 kWj yang dikatakan mampu mencapai jarak pandu elektrik sepenuhnya sehingga 100 km (berdasarkan WLTP), selain mencapai kelajuan puncak sehingga 140 km/j.

Berbeza dengan PHEV biasa, C350e boleh menampung pengecas pantas DC (menerusi penyambung CCS Combo 2) pada kadar maksima 50 kW; manakala pengecasan AC pula berkadar 11 kW.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia