window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG di Indonesia jemput pelanggan untuk 'lenjan' trak pikap Extender, jaga-jaga Toyota Hilux!

Faisal Β· Oct 4, 2022 05:00 PM

MG di Indonesia jemput pelanggan untuk 'lenjan' trak pikap Extender, jaga-jaga Toyota Hilux! 01

Sebagai pemain baru, MG Motor Indonesia kini sedang giat berusaha untuk menguasai pelbagai segmen dan pasaran trak pikap juga tidak terkecuali. Baru-baru ini, mereka menjemput pelanggan-pelanggan terpilih untuk mencuba MG Extender di jalan offroad yang mencabar di daerah Riau, Sumatera.

Menurut mereka, penawaran ini adalah sebagai tinjauan untuk mengetahui keutamaan pasaran dan penerimaan mereka terhadap jentera ini.

MG di Indonesia jemput pelanggan untuk 'lenjan' trak pikap Extender, jaga-jaga Toyota Hilux! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Pengarah Jualan dan Rangkaian MG Motor Indonesia, Rendi Radito, β€œMG sentiasa memastikan bahawa kenderaan yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran. Jadi, kajian pasaran amat penting buat kami sebelum mengumumkan harga model tersebut”.

MG di Indonesia jemput pelanggan untuk 'lenjan' trak pikap Extender, jaga-jaga Toyota Hilux! 01

Untuk makluman anda, inilah pertama kali MG memperkenalkan kereta diesel dan trak pikap di pasaran Indonesia. Di sana, apabila dilancarkan kelak, ia akan berentap di pasaran komersial yang telah lama diterajui oleh Toyota Hilux dan Mitsubishi L200.

Menariknya, pelanggan yang terlibat betul-betul berpuas hati dengan MG Extender dan ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat MG untuk merasmikan trak pikap tersebut.

MG di Indonesia jemput pelanggan untuk 'lenjan' trak pikap Extender, jaga-jaga Toyota Hilux! 02

Dari segi teknikal, MG Extender dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel (161 PS, 375 Nm) yang dipadankan dengan pilihan transmisi 6 kelajuan automatik atau manual. Selain itu, kelengkapannya juga dikatakan yang paling canggih dalam segmen ini. Antara ciri yang dimaksudkan adalah infotainment 10 inci dan pilihan 3 mod memandu, Lane Departure Warning dan Tyre Pressure Monitoring System.

Juga bacaThailand lancar MG Extender facelift 2021 – cukup untuk gentarkan Hilux & D-Max?

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda