window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB

Khairil ยท Feb 6, 2022 04:00 PM

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 01

Ini pastinya khabar yang pasti mengujakan buat pencinta aktiviti berbasikal. Tidak lagi hanya di luar negara, perkhidmatan untuk membawa basikal menggunakan kereta api ekspress kini sudah ditawarkan di Malaysia.

Dengan perkhidmatan terbaharu dikenali tren sewa khas Ekspres Koc Basikal (XKB) yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), peminat aktiviti sihat itu kini boleh berbasikal tanpa mengira lokasi termasuk di lokasi merentas negeri.

Juga baca: 'Geng basikal' buat hal lagi, kali ni 'bersaing' dengan lori tanah atas lebuhraya!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 01

Hanya dengan membawa basikal mereka ke dalam koc khas disediakan, mereka kini boleh ke menuju destinasi yang menjadi idaman untuk memulakan kayuhan dan kemudian pulang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin ketika majlis pelancarannya, baru-baru ini, perkhidmatan itu bertujuan memberi pengalaman baharu dan unik kepada peminat tegar aktiviti berkenaan.

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 02

Selain itu juga, ia turut dapat memenuhi permintaan penumpang yang ingin mengimbau kembali perjalanan menggunakan perkhidmatan lokomotif diesel berbanding perkhidmatan keretapi elektrik.

Mohd Rani berkata, dengan menaiki kereta api, mereka boleh meneroka lokasi berbasikal yang menarik di sepanjang laluan tren KTMB di seluruh negara termasuk Thailand, melalui kerjasama dengan ‘State Railway of Thailand’.

Juga baca: Hobi berbasikal tak kena pada tempatnya, kereta pula yang kena usaha untuk elak?

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 03

“Secara tidak langsung, ia akan membuatkan mereka lebih selamat, selain tidak begitu memenatkan kerana tidak perlu memandu jika ke lokasi yang lebih jauh," katanya memetik laporan Bernama.

Ketika majlis pelancarannya baru-baru ini, seramai kira-kira 150 peserta dibawa menaiki tren XKB dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Tanjung Malim.

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 04

Di sana, kesemua peserta memulakan kayuhan yang mengambil masa hampir empat jam sejauh 49 kilometer, dari  Stesen Tanjung Malim  ke laluan Sungai Bil-Behrang Ulu-Sungai Dara-Sungai Bil  sebelum kembali semula ke Stesen Tanjung Malim dan pulang.

Lanjut mengenai XKB, ia adalag asalnya koc tempat duduk penumpang yang diubah suai yang memuatkan 60 basikal dalam satu-satu masa.

Juga baca: Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, lapor tak terlibat

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 05

Ketika ini, terdapat tiga koc basikal tersedia untuk digunakan dan basikal yang dibawa akan diletakkan pada peralatan khusus, bagi memastikan ia berada
dalam keadaan stabil semasa tren bergerak.

Selain itu, KTMB turut menyudiakan koc ADNS (Air-conditioned Day/Night Second) atau koc tempat duduk yang boleh memuatkan 60 penumpang dalam pakej XKB ini.

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 06

Untuk persoalan mengenai harga sewaan, ia bergantung kepada jenis koc dan jarak perjalanan yang dipilih selain berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan yang ditawarkan.

Juga baca: Miros bidas tindakan berbasikal sambil tunda anak kecil, bahaya dan tak wajar!

Nak 'berkayuh' jauh-jauh? KTMB kini sediakan tren sewa khas bawa basikal XKB 07

Begitupun, ia didakwa KTMB datang dengan tawaran harga berpatutan dengan perkhidmatan XKB juga dibuat sebagai tanda sokongan kepada kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda