window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman dijangka siap November 2023, tanah runtuh jadi cabaran

Mersita · Feb 7, 2023 06:00 PM

Pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman dijangka siap November 2023, tanah runtuh jadi cabaran 01

Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol di Sarawak semakin menampakkan kemajuan dan beberapa bahagian dijangka siap dalam tahun ini, termasuklah di Seksyen Bukit Begunan melibatkan Persimpangan Pantu ke Jambatan Batang Skrang, Sri Aman yang dijangka siap menjelang November 2023.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, fasa pertama projek ini pada asalnya dijangka siap pada Jun, bagaimanapun ia terpaksa ditangguh bagi memberi ruang kepada kerja reka bentuk semula untuk jalan sedia ada susulan kejadian tanah runtuh di Bukit Begunan pada 2019.

Pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman dijangka siap November 2023, tanah runtuh jadi cabaran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerja tambakan batu (rockfill) sedang giat dijalankan bagi menggantikan tambakan tanah yang didapati kurang stabil. Difahamkan, tambak batu di seksyen ini memerlukan 721,000 meter padu bahan dan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM 70 juta.

Katanya, keselamatan pengguna perlu diberi keutamaan meskipun implikasi kewangan tambahan ini jumlahnya nampak besar. Peruntukan tambahan tersebut sedang dipohon kelulusannya daripada kerajaan sehingga ia selesai, jelasnya lagi. Setakat ini, status siap kerja tambakan batu di kawasan berkenaan sudah pun mencapai 50 peratus.

Pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman dijangka siap November 2023, tanah runtuh jadi cabaran 01

Beliau berkata demikian ketika meninjau kerja-kerja pembinaan di Pakej Kontrak Kerja (WPC) 04 - Persimpangan Pantu Ke Jambatan Batang Skrang di Sri Aman semalam. WPC04 melibatkan laluan sepanjang 91 km yang dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu Seksyen Bukit Begunan dan Sekyen Sri Aman dengan kos keseluruhan sebanyak RM 1.6 bilion sebelum penambahan terbaru ini dibuat.

Juga baca: Sarawak dan jalan raya 'world class' - 2 lagi projek mega diluluskan, kos RM 10.62 bilion

Pakej Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman dijangka siap November 2023, tanah runtuh jadi cabaran 02

'Flyover' Bintulu-Sibu ditunjukkan - sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang telah siap

Setakat Januari 2023, Seksyen Bukit Begunan sudah mencapai status siap 87.73 peratus dan 89.11 peratus untuk Seksyen Sri Aman. Pakej berkenaan turut melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti 1 persimpangan bertingkat (flyover), 1 jejambat, 1 pusat rehat, 73 pondok bas, 46 kemudahan pusingan U, 5 jejantas, dan 9 jambatan.

Juga baca: Bung: Orang Sabah kena sabar jalan rosak, tayar pecah - tunggu Pan Borneo siap 2.5 tahun lagi

Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda