window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasangan dari Pulau Pinang ini jelajah 7,700 km dalam ASEAN dengan hanya naik Perodua Kancil 660cc

Faisal · Jan 7, 2023 10:00 AM

Pasangan dari Pulau Pinang ini jelajah 7,700 km dalam ASEAN dengan hanya naik Perodua Kancil 660cc 01

Sepasang suami isteri dari Pulau Pinang yang berumur dalam lingkungan 40-an nekad mengembara ke pelbagai negara ASEAN seperti Laos, Kemboja dan Thailand dengan hanya menggunakan Perodua Kancil 660cc.

Menurut si suami yang bernama Azman Ali ini, eksplorasi itu menggunakan kereta Kancil terpakai yang dibelinya pada tahun 2019 dengan harga RM 1,500 beserta tajaan dari syarikat minyak dan pelincir tempatan.

Pasangan dari Pulau Pinang ini jelajah 7,700 km dalam ASEAN dengan hanya naik Perodua Kancil 660cc 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata beliau, kereta itu asalnya dibeli untuk anak lelakinya setelah memperoleh lesen tetapi selepas melanjutkan pelajaran di UITM Permatang Pauh, kereta yang tidak dimodifikasikan langsung itu sudah jarang diguna dan tersadai di rumah. Disebabkan itu, isterinya, Nurul Sharil yang turut meminati aktiviti eksplorasi memberi cadangan untuk mengembara menggunakan Kancil tersebut.

Untuk makluman anda, mereka memulakan perjalanan pada 3 Disember lepas dan mengakhirinya pada 22 Disember. Perjalanan tersebut melibatkan 7,700 km dan sekiranya tidak ditaja, kos yang terlibat seperti perbelanjaan minyak kereta, penginapan, makan minum boleh mencecah RM 5,000.

Pasangan dari Pulau Pinang ini jelajah 7,700 km dalam ASEAN dengan hanya naik Perodua Kancil 660cc 01

Jelas Azman, “Kadang-kadang jika mahu jimat, kami akan bermalam di dalam kereta sahaja, bergantung pada keadaan. Bagi memasikan kereta sentiasa dalam keadaan baik pula, saya akan buat pemeriksaan rutin setiap hari di bahagian enjin, minyak enjin, tayar, air dan sebagainya”.

“Memang seronok dapat menjelajah ke nagara orang kerana dapat mengenali budaya dan masyarakatnya selain dapat menginsafkan diri. Apabila melawat kawasan yang tidak membangun dan terpinggir, ia boleh melahirkan rasa syukur terhadap apa yang kita ada di tempat sendiri. Pada masa yang sama, ia mengajar untuk menghadap situasi yang mencabar seperti cuaca buruk atau keadaan bentuk muka bumi yang pelbagai”.

Pasangan dari Pulau Pinang ini jelajah 7,700 km dalam ASEAN dengan hanya naik Perodua Kancil 660cc 02

Selepas ini, Azman dan isterinya berhajat untuk menjelajah ke Mekah pula sekiranya berpeluang. Kisah ini sekaligus menunjukkan bukti betapa tahannya produk tempatan, lebih-lebih lagi sebuah Kancil yang sudah berusia 25 tahun itu.

Juga bacaKecil-kecil cili padi, Perodua Kelisa ini dalam 3 tahun dah jelajah 20 negara di serata dunia!

Sumber: Facebook Azman Ali II

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda