window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelaburan RM 14.7 bilion diluluskan untuk ekosistem EV di Malaysia - Tengku Zafrul

Mersita ยท Feb 23, 2023 04:00 PM

Pelaburan RM 14.7 bilion diluluskan untuk ekosistem EV di Malaysia - Tengku Zafrul 01

Pertumbuhan dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia turut dijana oleh pelaburan berjumlah RM 14.7 bilion yang diluluskan kerajaan sejak 2018 sehingga September 2022.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pelaburan ini merangkumi pemasangan tempatan EV (CKD), komponen EV, dan komponen pengecasan. Antaranya termasuklah pelaburan RM 7 bilion untuk pembukaan kemudahan pembuatan sel bateri EV oleh Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd di Negeri Sembilan.

Pelaburan RM 14.7 bilion diluluskan untuk ekosistem EV di Malaysia - Tengku Zafrul 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada Julai tahun lalu, dilaporkan kilang bateri kedua Samsung SDI telah mula dibina di Seremban dan dijangka akan memulakan penghasilan berskala besar bateri jenis silinder PRiMX 21700 pada 2024. Anak syarikatnya, Samsung SDI Energy Malaysia (SDIEM), pula mempunyai perancangan untuk menaiktaraf kilangnya di Seremban bagi pembuatan bateri EV.

Menurut Tengku Zafrul, infrastruktur pengecas EV juga menyaksikan pertumbuhan ketara sehingga 69 peratus pada 2022 berbanding 2021 berkat usaha penarikan pelabur. Katanya, kini Malaysia mempunyai stesen pengecas EV mencecah 900 unit dan diharap dapat mencapai sasaran 10,000 unit di seluruh negara menjelang 2025.

Juga baca: PLUS-TNB akan pasang 18 unit pengecas EV di sepanjang lebuh raya dalam tahun 2023

Pelaburan RM 14.7 bilion diluluskan untuk ekosistem EV di Malaysia - Tengku Zafrul 01

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa hala tuju industri automotif Malaysia ditetapkan untuk pengembangan sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga. "Ia termasuk EV dengan ciri-ciri Kenderaan Generasi Akan Datang yang berfungsi bukan saja dari segi pengurangan dalam pelepasan karbon dalam udara, malah keupayaan mengoptimumkan tenaga yang digunakan," katanya.

Juga baca: EV berharga serendah RM120k menyusul ke Malaysia suku kedua tahun 2023 - MITI

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda