window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelajar di Shah Alam suka 'cancel' e-hailing di saat akhir, braderteksi redha walau sakit hati

Mersita · Feb 9, 2023 04:00 PM

Pelajar di Shah Alam suka 'cancel' e-hailing di saat akhir, braderteksi redha walau sakit hati 01

Semakin banyak kemudahan mudah diakses di hujung jari dan pelajar universiti masa kini amat beruntung kerana dapat memanfaatkannya dalam kehidupan seharian. Namun, sikap tiada timbang rasa di kalangan pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam yang suka membatalkan tempahan perjalanan pada saat akhir mendesak pemandu e-hailing untuk bersuara.

Seorang pemandu e-hailing berkongsi satu klip video baru-baru ini di media sosial bagi meluahkan rasa hampanya apabila tempahan perjalanan yang diterimanya - dipercayai daripada pelajar UiTM Shah Alam - dibatalkan pada saat akhir. Difahamkan, pelajar berkenaan menunggu di Dataran Cendekia dan menempah perjalanan tersebut untuk pergi ke Arsyad Ayub Graduate Business School.

Pelajar di Shah Alam suka 'cancel' e-hailing di saat akhir, braderteksi redha walau sakit hati 02

Gambar hiasan

Menurut pemandu terlibat, dia menerima tempahan itu dari Seksyen 3 Shah Alam dan dia terpaksa menempuh kesesakan trafik di bulatan McDonald’s (Bulatan Permai) dan bulatan Seksyen 2 (Bulatan Bistari) pada kira-kira jam 7.40 pagi. Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki pintu utama UiTM, tempahannya dibatalkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Awak memang tak ada hati perut,” katanya dalam video berkenaan yang telah pun tular hasil perkongsian di FB Ehailing.fm. Bagaimanapun, pemandu terlibat memaafkan perbuatan pelajar tersebut dan berharap tiada lagi yang berbuat demikian supaya pemandu e-hailing tidak perlu menanggung kerugian.

Tinjauan di ruang komen perkongsian berkenaan mendedahkan bahawa pelajar IPTA berkenaan sememangnya ‘terkenal’ di kalangan pemandu-pemandu e-hailing yang menjadi mangsa tempahan perjalanan dibatalkan pada saat akhir, selain diberi ‘rating’ rendah tanpa sebab munasabah.

Salah seorang pengguna FB, Rawanto Hj Toyok, menulis komen, “Mana-mana UiTM pun sama.. Dah dekat atau sampai, mesti di ‘cancel’! Itukah pemikiran cerdik pandai sekarang? Buat onar je tahu!”

Juga baca: Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah?

Pengguna Mohd Azrin pula berkata yang pelajar dari sana sejak dulu sudah ada isu dan beri ‘rating’ rendah kerana pemandu membawa kereta biasa. “Masa tu ramai gak driver cancel job sbb tak nak rating jatuh,” katanya. Pengguna Hanifur Rahman Awang turut berkata, “(Pelajar) bagi ‘rating’ rendah sebab kereta buatan Malaysia. Acah-acah nak naik H.”

Ternyata belia kita perlu kesedaran lebih tinggi dan ambil iktibar dari keluhan pemandu e-hailing ini. Mereka dan pelajar saling bergantung antara satu sama lain dalam urusan hari ke hari, oleh itu permudahkanlah bagi kedua-dua pihak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda