window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Honda CR-V langgar 4 buah kereta parkir di sisi Jalan Sri Permaisuri. Mabukkah?

Mersita · Aug 5, 2021 07:00 PM

Pemandu Honda CR-V langgar 4 buah kereta parkir di sisi Jalan Sri Permaisuri. Mabukkah? 01

Seorang lelaki warga emas kini diburu pihak polis setelah melanggar empat buah kereta yang diparkir di bahu jalan di Jalan Sri Permaisuri, Cheras pada Selasa lalu (3 Ogos) pada kira-kira jam 6 petang.

Satu video telah tular di media sosial menunjukkan Honda CR-V berwarna kelabu dipandu lelaki berkenaan diburu pengguna jalan raya lain yang menyaksikan kejadian tersebut.

Bampar hadapan di sebelah kiri SUV tersebut mengalami kerosakan akibat pelanggaran dengan kereta-kereta yang dirempuhnya – antaranya Perodua Axia dan Perodua Myvi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata siasatan awal mendapati pemandu lelaki itu memandu dari arah Cheras menghala ke Petaling Jaya sebelum melanggar kenderaan yang diparkir di sisi kiri jalan, petik Kosmo! Online.

Pemandu Honda CR-V langgar 4 buah kereta parkir di sisi Jalan Sri Permaisuri. Mabukkah? 01

Beliau juga memberitahu semua pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis dan tiada kecederaan dilaporkan.

Spekulasi di sosial media mengatakan lelaki tersebut disyaki mabuk dan menyebabkan insiden tersebut berlaku. Namun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengesahkan sama ada wujudnya unsur-unsur mabuk atau lain-lain seperti yang didakwa di media sosial.

Pemandu Honda CR-V langgar 4 buah kereta parkir di sisi Jalan Sri Permaisuri. Mabukkah? 02

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-20719999, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Pemandu Honda CR-V langgar 4 buah kereta parkir di sisi Jalan Sri Permaisuri. Mabukkah? 03

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda