window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKPB: Duduk depan atau belakang sama saja, asalkan dari rumah yang sama

Mersita ยท Nov 12, 2020 11:00 AM

PKPB: Duduk depan atau belakang sama saja, asalkan dari rumah yang sama 01

Siapa sangka, tahun 2020 sememangnya mencabar. Kedai tutup pukul 10 malam, nak keluar ke mana-mana pun terpaksa berdua saja. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini nampak gayanya diselubungi pelbagai ketidakpastian dan kekeliruan – baik dari info yang diterima dari MKN mahupun dari netizen. #SemakFakta tak semudah yang kita sangka.

PKPB: Duduk depan atau belakang sama saja, asalkan dari rumah yang sama 02

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri menunjukkan saman yang sebenarnya untuk kesalahan menggunakan telefon bimbit. Sumber: Sinar Harian

Baru-baru ini tular di media sosial dimana satu rakaman video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Eric Chia, mengatakan yang beliau disaman oleh seorang sarjan di Melaka kerana isterinya duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Video tersebut mula-mula mencetuskan kemarahan netizen terhadap PDRM dan menimbulkan prasangka yang penumpang perlu duduk di kerusi belakang dibawah pelaksanaan PKPB kali ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, tak semua tuduhan boleh diterima bulat-bulat. Pihak PDRM kini sedang mencari pengguna bernama Eric Chia tersebut kerana maklumat telah diputar-belit dan beliau sebenarnya disaman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

PDRM, setelah dihubungi oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan yang video tersebut berniat jahat untuk mencalarkan nama PDRM.

Oleh itu, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan dalam sidang media kelmarin yang tiada ketetapan dibuat mengenai penumpang duduk di depan atau belakang dalam mana-mana kenderaan. Mereka yang berada di dalam kenderaan haruslah datang dari keluarga atau rumah yang sama.

Kini, tentera bawang media sosial mula mengecam tindakan orang yang memuat-naik video tersebut pula. Jangankan kerana nila setitik, rosak netizen sebelanga. Sentiasa tunggu pengesahan dari pengumuman-pengumuman rasmi atau sidang-sidang media sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

Bak kata Datuk Seri Ismail Sabri yang memetik kata-kata polis yang menjalankan SJR, “Semua yang dalam kereta tu nak duduk mana-mana pun, duduklah. Asal jangan duduk atas bumbung.”

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda