window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche mengingatkan betapa miskinnya anda - jual 301,915 unit kenderaan, rekod terbaik 2021!

Haris · Feb 8, 2022 10:00 AM

Porsche mengingatkan betapa miskinnya anda - jual 301,915 unit kenderaan, rekod terbaik 2021! 01

Porsche berjaya menghantar sehingga 301,915 unit kenderaan pada tahun 2021, naik 11 peratus berbanding tahun 2020. Malah, angka tersebut adalah rekod jualan tahunan tertinggi Porsche, memecahkan rekod 280,000 unit kenderaan pada era pra-pandemik 2019.

Tidak pernah sebelum ini, dalam sejarah 73 tahun (sejak 1948) di mana Porsche dibeli oleh pelanggan seramai ini. Jika berlaku sebarang kelembapan ekonomi tahun lepas, pelanggan Porsche mungkin tidak merasainya.

Porsche mengingatkan betapa miskinnya anda - jual 301,915 unit kenderaan, rekod terbaik 2021! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Walaupun menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh gangguan bekalan cip semikonduktor dan halangan lain yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, kami telah bekerja keras untuk membolehkan lebih ramai pelanggan berbanding sebelum ini memenuhi impian mereka untuk memiliki Porsche,” kata Detlev von Platen, Ahli Lembaga Eksekutif yang bertanggungjawab untuk Jualan dan Pemasaran di Porsche AG.

“Permintaan kekal tinggi dan jumlah pesanan kami kelihatan sangat kukuh, jadi kami memulakan 2022 dengan penuh momentum dan keyakinan di kesemua rantau di seluruh dunia,” tambahnya.

Porsche mengingatkan betapa miskinnya anda - jual 301,915 unit kenderaan, rekod terbaik 2021! 01

Walaupun model Porsche 911 yang ikonik sangat penting kepada identiti jenama Stuttgart tersebut, model SUV adalah pencari nafkah untuk Porsche, menyumbang 56 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Porsche.

Porsche mengingatkan betapa miskinnya anda - jual 301,915 unit kenderaan, rekod terbaik 2021! 02

Model asas Porsche Macan adalah model terlaris, dengan 88,362 unit telah tiba ke garaj pelanggan, diikuti oleh Porsche Cayenne, dengan 83,071 unit.

Mengekori di belakang duo SUV tersebut ialah Porsche Taycan berkuasa elektrik, dengan 41,296 unit.

Porsche mengingatkan betapa miskinnya anda - jual 301,915 unit kenderaan, rekod terbaik 2021! 03

Kereta sukan seperti Porsche 911 dan Porsche 718 hanya menyumbang kurang daripada 20 peratus daripada jumlah jualan Porsche.

Angka Jualan Porsche di seluruh dunia 2021 (unit)
Macan 88,362
Cayenne 83,071
Taycan 41,296
911 38,464
Panamera 30,220
718 20,502

China kekal sebagai pasaran paling penting Porsche, dengan 95,671 unit kenderaan (naik 8 peratus) dihantar ke sana, diikuti oleh Amerika Syarikat, dengan 70,025 kereta (naik 22 peratus).

Baca: Porsche APAC kini berusia 20 tahun, ingin bantu ramai wanita Asia membeli Porsche pada masa hadapan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Porsche Macan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda