window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sah! Projek CKD Porsche di Malaysia akan bermula pada 2022

Mersita · Aug 30, 2021 03:00 PM

Sah! Projek CKD Porsche di Malaysia akan bermula pada 2022 01

Porsche dan Sime Darby telah mengesahkan yang operasi pemasangan tempatan (CKD) berskala kecil akan ditubuhkan di Malaysia – pertama di luar Eropah. Kenyataan media berhubung pelan ini menyatakan kenderaan CKD itu nanti secara spesifiknya akan dipadankan dengan keperluan tempatan dan boleh didapati hanya untuk Malaysia.

Sime Darby Motors, pengedar rasmi model-model Porsche di Malaysia, akan mengendalikan operasi CKD itu di kilang Inokom mereka di Kulim, Kedah. Operasi CKD bagi jenama mewah itu dirancang akan bermula pada tahun hadapan.

Sah! Projek CKD Porsche di Malaysia akan bermula pada 2022 02

Porsche Centre Ara Damansara

“Setiap kenderaan Porsche yang dipasang oleh Sime Darby akan melalui tetapan standard dan proses berkawalan ketat, sama seperti di Eropah. Kualiti akan menjadi komitmen penting dikongsikan antara Porsche AG dan Sime Darby kepada semua pelanggan kami, dalam pemasangan kenderaan Porsche.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kami akan teruskan kerjasama rapat kami dengan Porsche AG bagi memastikan yang kami menepati setiap satu standard Porsche pada semua tahap,” kata Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad Group.

Sah! Projek CKD Porsche di Malaysia akan bermula pada 2022 01

Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad Group

Kilang Inokom tersebut juga menghasilkan pelbagai model BMW dan Mazda, tapi operasi ini dikendalikan secara berasingan masing-masing oleh BMW Group Malaysia dan Mazda Malaysia. Kerja-kerja pemasangannya juga dijalankan di fasiliti berasingan di dalam kampus Inokom itu.

Tiada model spesifik yang dinyatakan. Terdahulu, kami ada melaporkan yang Porsche Cayenne besar kemungkinannya akan menjadi model pertama untuk dipasang di luar Eropah, diikuti dengan Porsche Taycan.

Sah! Projek CKD Porsche di Malaysia akan bermula pada 2022 02

“Malaysia dan seluruh ASEAN ialah sebuah rantau dengan potensi besar dan kami tidak sabar menunggu model dipasang tempatan pertama untuk dihantar kepada pelanggan Malaysia kami pada tahun hadapan,” kata Detlev von Platen, Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Porsche.

“Sedang Porsche menuju ke era mobiliti baru, Malaysia dan rantau ASEAN semakin mendapat perhatian yang penting. Langkah ini kini menjadi sebahagian daripada inisiatif tetap kami untuk mengikut dan menepati permintaan pasaran dan pelanggan yang semakin pantas berubah-ubah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Porsche Taycan RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda