window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal!

Haris · Dec 22, 2022 08:00 PM

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 01

Peluang untuk Proton kembali semula ke pasaran United Kingdom (UK) adalah tipis namun jenama berlogo Harimau tersebut masih mempunyai peminat di sana yang masih mahu mengekalkan kereta cabuk (digelar 'bangers') mereka di atas jalan. Apatah lagi, 'bangers' tersebut tampil dalam bentuk Proton Satria GTi - model mercu Proton di UK.

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 02

Proton Satria GTi pertama kali dilancarkan pada tahun 1998 untuk pasaran domestik dan ia telah tiba di UK pada November 1999 pada harga GBP 14,500 (~RM 77.8k). Dalam tempoh 6 bulan pertamanya di Great Britain, 160 unit Proton Satria GTi telah dijual dan walaupun itu adalah jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan Golf GTI, ia masih suatu berita yang membanggakan untuk rakyat Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 01

Sambutan yang baik itu juga turut dibantu oleh media automotif termasuk majalah Evo yang terkenal, memberikan Proton Satria GTi penarafan 4 daripada 5 bintang dalam ulasannya serta oleh hos paling pendek di antara trio hos Top Gear/The Grand Tour.

Dalam rebiu perbandingan antara Peugeot 206 GTi dan Proton Satria GTi jauh sebelum memulakan kariernya bersama Top Gear, Richard Hammond memuji pengendalian Satria GTi dan lebih mengesyorkannya berbanding Singa Perancis. Walaupun hatchback Malaysia ini berharga +GBP 500 lebih mahal, ia bukan suatu aspek yang menjadi isu.

Baca: Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli?

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 02

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 03

Kehebatan dinamik pengendalian, sudah tentu, sumbangan daripada Lotus dan walaupun prestasi hambar enjin 1.8 liter aspirasi semulajadi 4G93P yang dihasilkan oleh Mitsubishi (majalah Evo melakukan pecutan 0-100 km/j selama 9.4 saat, jauh lebih lambat berbanding dakwaan Proton iaitu 7.8 saat), Proton Satria GTi ialah alternatif kepada hot hatch bajet yang cukup memuaskan.

Baca: Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime!

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 04

Seperti mana-mana kereta lain, harga Proton Satria GTi telah menyusut nilai dengan beberapa harga serendah GBP 700 (~RM 3.8k) sepuluh tahun lalu. Tetapi nampaknya Satria GTi tidak terlepas daripada trend "klasik moden" yang melanda seluruh dunia..

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 05

Masih terdapat beberapa model yang disenaraikan untuk dijual melalui eBay UK yang menawarkan Proton Satria GTi terpakai original pada harga sekitar GBP 4,000 (~RM 21.5k). Namun, satu pengedar di UK menawarkan harga yang tak masuk akal iaitu - harga yang hampir sama semasa ia dijual baharu 20 tahun lalu!

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 06

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 07

Model Proton Satria GTi yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2003 dengan jarak perbatuan sekitar 56,000 batu (~90,000 km) kini disenaraikan untuk dijual pada harga GBP 10,995 (~RM 59,000) oleh Phil Presswood Specialist Cars Ltd di daerah Brigg. Harga ini walaupun setanding dengan model terpakai Malaysia, sebenarnya tidak berbaloi apabila dilihat melalui kaca mata peminat kereta Britain.

Konsensus warga maya mendapati bahawa sebuah Proton berharga hampir GBP 10,000 (~RM 54k) kedengaran lucu dan tidak masuk akal. Walaubagaimanapun, Proton Satria GTi yang disenaraikan untuk dijual kelihatan masih mengekalkan komponen asli dan menurut laman How Many Left, hanya 54 unit hot hatch tersebut didaftarkan di jalan raya UK setakat suku ke-2 2022.

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 08

Angka tersebut meletakkan Proton Satria GTi sebagai model kenderaan yang sangat jarang ditemui di Britain.

Sebagai perbandingan, 724 units Peugeot 206 GTi kekal didaftarkan di jalan raya UK setakat suku ke-2 2022 walaupun ia kurang memuaskan berbanding hatchback Malaysia kebangaan kita, sekurang-kurangnya menurut Hammond dalam rebiunya.

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 09

SORN bermaksud Statutory Off Road Notification yang bermaksud kereta itu tidak dikenakan cukai, diinsuranskan atau ingin dilupuskan (Sumber: How Many Left)

Kemudian sekali lagi, pada waktu puncak pada tahun 2004, terdapat 729 unit Proton Satria GTi di jalan raya British berbanding 13,279 unit Puegeot 206 GTI pada tahun yang sama. Mungkin, status jarang ditemui inilah yang menyebabkan harga yang tinggi untuk Proton Satria GTi.

Proton Satria GTi terpakai berharga RM 59k di UK tapi ramai cakap terlampau mahal! 10

Proton Satria GTi adalah model lagenda buatan Malaysia dan terdapat harga yang lebih tinggi ditawarkan di Malaysia sehingga ada yang meminta bayaran setinggi RM 90,000! Selalu dianggap sebagai model klasik moden tetapi adalah harga tersebut berpatutan atau sekadar mewajarkan nilai penghargaannya?

Baca: Semakin ramai selebriti 'rendah diri', Tuah Adzmi tak kisah beli Proton Satria Neo terpakai untuk elak hutang bank!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda