window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Range Rover Evoque, Kia Rio dilarikan pencuri dalam kes pecah rumah di Kijal

Mersita ยท Nov 25, 2021 07:00 PM

Range Rover Evoque, Kia Rio dilarikan pencuri dalam kes pecah rumah di Kijal 01

Malang tak berbau, sebuah rumah di Kampung Meraga Beris, Kijal dipecah masuk penjenayah pada awal pagi Selasa lalu (23 November). Dua buah kereta jenis Range Rover Evoque dan Kia Rio berserta beberapa barang berharga lain di dalam rumah berkenaan berjaya dilarikan dalam kejadian tersebut.

Mangsa, Muhammad Hanif Hasan (36), berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 pagi apabila isterinya, Wan Noor Rohayati Wan Razali (36), terlihat kelibat penjenayah tersebut menyelinap keluar dari pintu rumah ketika keluar dari bilik mandi. Kemudian, dia terdengar deruman enjin kenderaan milik mereka yang sedang dilarikan penjenayah lalu menjerit meminta tolong.

Range Rover Evoque, Kia Rio dilarikan pencuri dalam kes pecah rumah di Kijal 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Difahamkan, sebelum itu, Wan Noor Rohayati melihat pintu rumah terbuka dan menyangka suaminya terlupa menutup pintu rumah kerana tidur lewat. Dia lalu menutup pintu tersebut tanpa menyedari penjenayah berkenaan masih berada di dalam rumah mereka.

Barang berharga lain yang turut dilarikan termasuklah komputer riba, beg tangan, serta beberapa utas jam tangan.

Range Rover Evoque, Kia Rio dilarikan pencuri dalam kes pecah rumah di Kijal 01

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan mengesahkan menerima laporan tentang kejadian berkenaan. Beliau berkata siasatan sedang giat dijalankan dan penjenayah dipercayai bergerak dalam kumpulan.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Land Rover Range Rover Evoque P200

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda