window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda

Khairil ยท Feb 9, 2022 08:00 PM

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda 01

Kepada penggemar motosikal termasuk sukan permotoran dua roda, jenama Racing Boy (RCB) bukan sesuatu yang asing kepada mereka dan antara dutanya paling terkenal adalah pelumba WSBK negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Menariknya, selain menaja dan menjalin kerjasama dengan pelumba dan perlumbaan tempatan, syarikat kelengkapan motosikal terkenal Malaysia itu turut melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa.

Juga baca: Sah, Hafizh Syahrin ubah angin ke WSBK 2022, sertai MIE Racing Honda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda 01

Hafizh (tiga kanan) ketika majlis tandatangan penajaan bersama RCB

Dan untuk perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2022, syarikat tempatan itu sudah pun menandatangani penajaan bersama lapan pasukan di kelas elit MotoGP.

Pasukan berkenaan termasuklah pasukan utama iaitu Monster Yamaha MotoGP, Repsol Honda, VR46 Racing, Aprilia Racing, Gresini MotoGP, KTM Tech 3, KTM Factory dan RNF Racing.

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda 02

Selain lapan pasukan MotoGP, RCB juga bekerjasama dengan empat pasukan masing-masing dalam Moto2 dan Moto3.

RCB menerusi satu kenyataan berkata tajaan yang dibuat adalah dengan membekalkan pelbagai perkakasan perlumbaan antaranya pelindung tuil brek gentian karbon, ‘paddock stands’ titanium untuk depan, belakang dan casis, rak tayar titanium dan tempat duduk motosikal. 

Juga baca: WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama!

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda 03

Bagi musim 2022 juga, RCB turut menempatkan diri di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) menerusi tajaan kepada pasukan MIE Honda Racing dan Hafizh Syahrin yang juga pelumba pasukan itu.

Mengulas mengenai tajaan berkenaan, Hafizh berkata dia sememangnya berterima kasih kepada RCB yang sememangnya membantu perkembangan karier perlumbaannya sejak 10 tahun lalu.

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda 04

"Di Malaysia, RCB memang antara jenama antara yang terbaik, nombor satu dari sudut perkakasan dan aksesori motosikal untuk moped dan kini mereka berkembang untuk motosikal berkuasa tinggi.

"Aksesori seperti pelindung tuil dan penutup pelindung tangan itu sangat diperlukan. Macam di MotoGP, perlu ada keselamatan dalam ‘handguard break’ supaya tidak ada kontak antara penunggang, brek senang disentuh dan membuatkan penunggang lebih yakin bila nak berlumba.

RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda 05

"RCB juga setiap tahun mereka akan meningkatkan kualiti produk mereka dan kini, kita boleh lihat banyak parts RCB digunakan di MotoGP. Jadi ia salah satu pencapaian yang besar. Jadi saya sebagai salah satu duta RCB berasa amat bangga dan memberikan saya keyakinan untuk terus berlumba," katanya.

Dalam arena perlumbaan tempatan, RCB juga akan menaja 11 pasukan dalam Kejohanan Cub Prix Malaysia dan 14 pasukan bagi Kejohanan Motosikal Asia (ARRC). 

Syarikat itu juga adalah penaja peribadi kepada seorang lagi pelumba berbakat negara yang pernah beraksi di Moto2, Kasma Daniel Kasmayudin di pantas Asia.

Juga baca: Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda