window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi!

Faisal · Aug 24, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi kalau anda nak tahu, kategori van mewah yang besar seperti ini diceburi oleh ramai lagi pesaing. Antara model yang baru sahaja dirasmikan ialah Renault Trafic Space Nomad. Van ‘camper’ yang berasaskan Renault Trafic ini dikhususkan buat mereka yang gemar berkelah.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 01

Varian Space Nomad ini didatangkan dengan pilihan 4 atau 5 tempat duduk. Menjadi sebuah campervan, Trafic Space Nomad dilengkapkan dengan segala peralatan perkhemahan yang anda perlu. Antaranya seperti:

  • Set dapur yang lengkap
  • Bumbung kanopi yang boleh dinaikkan untuk permandangan yang lebih luas
  • Dua katil bersaiz 120 cm x 200 cm dan 124 cm x 188 cm

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 02

Bercakap mengenai dapur, ia juga lengkap dengan sinki dan peti ais. Meja mudah alih juga ada dimana ia muat untuk diguna dalam van ini sendiri.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 03

Yang menariknya, Trafic Space Nomad juga mempunyai bumbung tambahan yang boleh dilaras supaya pengguna dapat bersantai dalam keadaan teduh.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 04

Tidak cukup dengan itu, paip untuk mandi juga disediakan. Semua benda ada kan?

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 05

Dari segi teknikal, Renault Trafic Space Nomad dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel yang menghasilkan 120 - 170 PS dan 300 - 340 Nm tork. Bergantung pada output, campervan buatan Perancis ini ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan ataupun DCT 6 kelajuan.

Secara amnya, tumpuan pasaran Renault Trafic seperti di Eropah akan menerima kehadiran Space Nomad pada awal tahun 2022.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 06

Pada masa yang sama, Renault juga merasmikan Renault Hippie Caviar Hotel. Campervan yang masih dalam fasa konsep ini memperlihatkan falsafah yang sama pada Space Nomad tetapi dengan kelengkapan seperti hotel lima bintang.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 07

Secara umumnya, bahan pada bahagian dalamnya lebih mewah. Antaranya seperti penggunaan kayu, linen, bulu, busa berasaskan tumbuhan, dan bahan kulit pada papan pemuka.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 08

Tetapi elemen yang paling unik ialah pada katilnya yang mana ia boleh ditarik ke luar untuk suasana rehat yang lebih terbuka.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 09

Tidak cukup dengan itu, katil ini juga boleh ditukar kepada bangku yang mana pengguna boleh memasang birai supaya permandangan tidak terlalu silau. 

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 10

Beralih ke bahagian dalam, terdapat ciri tirai yang mana ia sesuai untuk pengguna yang mahukan suasana privasi.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 11

Di samping itu, Renault Hippie Caviar Hotel turut menyediakan ruang rehat di atas bumbung yang lengkap dengan meja kopi dan dua tempat penyandar yang boleh dicabut.

Renault Trafic - pesaing Toyota GranAce, siap ada versi untuk berkelah lagi! 12

Untuk maklumat anda, konsep lima bintang yang diutarakan itu merujuk kepada perkhidmatan penghantaran makanan yang Renault sedia melalui dron.

Selain itu, Renault juga menawarkan kontena logistik yang mana ia menempatkan kemudahan tambahan seperti bilik pancuran air, tandas, dan kemudahan mencegas.

Juga bacaSpyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda