window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak

Mersita · Aug 27, 2020 12:30 PM

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak 01

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membentangkan cadangan pindaan rang undang-undang bagi menghukum pemandu yang memandu secara melulu dan berbahaya di bawah pengaruh alkohol; dimana individu yang sabit kesalahan akan dikenakan denda serta penjara mandatori berbanding sebelumnya dimana hanya salah satu dikenakan.

Semalam, Harian Metro melaporkan yang Rang Undang-Undang (RUU) ini akhirnya diluluskan secara undian suara di Dewan Rakyat. Beliau juga berkata yang pindaan kesalahan memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian orang lain juga diluluskan dan kini ia tergolong dalam kategori pemanduan secara melulu dan berbahaya.

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak 02

Sumber: Buletin Daily

Selain dari itu, pendefinisian semula kenderaan mikromobiliti, termasuk basikal lajak sebagai kenderaan motor juga diluluskan. Jika sabit kesalahan, denda minimum RM1,000 atau maksimum RM5,000 dan penjara tidak melebihi 12 bulan juga akan dikenakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Melalui kelulusan RUU itu, Seksyen 41 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian akan memperuntukkan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun, bagi sabitan pertama.”

"Pesalah boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 ke RM100,000 atau hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan berikutnya.”

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak 01

Dalam pengumuman beliau semalam, RUU itu turut meminda kadar alkohol yang kini ditetapkan 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100ml darah atau 67mg alkohol dalam 100ml air kencing.

Beliau juga berkata yang tempoh hilang kelayakan lesen bagi kesalahan di bawah Seksyen 42 juga dinaikkan kepada minimum lima tahun, dan 10 tahun bagi kesalahan seterusnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda