window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pindaan undang-undang: Denda DAN penjara 15 atau 20 tahun bagi pemandu mabuk

Mersita ยท Jul 15, 2020 04:00 PM

Pindaan undang-undang: Denda DAN penjara 15 atau 20 tahun bagi pemandu mabuk 01

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengumumkan dalam Dewan Rakyat hari ini yang hukuman lebih berat akan dikenakan keatas kes melibatkan pemanduan mabuk, pemanduan dibawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara melulu.

Penjara 20 tahun dan denda RM 150,000 akan dikenakan untuk pesalah berulang manakala pesalah pertama akan dikenakan hukuman 15 tahun penjara dan denda RM 100,000. Buat masa sekarang, hukuman bagi pesalah pertama adalah 10 tahun penjara dan denda RM 20,000. Pindaan ini jatuh dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), dimana pindaan sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.

Pindaan undang-undang: Denda DAN penjara 15 atau 20 tahun bagi pemandu mabuk 02

Pindaan Akta 333 akan melibatkan peruntukan undang-undang antara Seksyen 41 dan Seksyen 45, dimana ia juga akan melibatkan pindaan had kandungan alkohol di dalam darah, bau mulut dan air kencing. Beliau berkata perubahan had untuk blood alcohol content (BAC) akan diturunkan kepada 50 mg/100 ml darah berbanding 80 mg/100 ml darah sebelum ini; sejajar dengan standard World Health Organisation (WHO).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong juga berkata yang penggantungan lesen akan dinaikkan kepada 20 tahun berbanding 10 tahun sebelum ini. “Hukuman bagi kesalahan ini dibawah undang-undang baru akan lebih berat,” kata beliau.

Pindaan undang-undang: Denda DAN penjara 15 atau 20 tahun bagi pemandu mabuk 01

Beliau juga berkata yang selain daripada polis, pegawai penguatkuasa JPJ juga akan diberi kuasa untuk membuat tangkapan pesalah-pesalah di jalan raya.

“Satu lagi perkara ialah dalam undang-undang ini, kami akan membuat hukuman penjara sebagai hukuman mandatori. Sebelum ini, undang-undang mengatakan yang pesalah akan samada didenda atau dipenjara tetapi kali ini, kami akan pastikan yang mereka akan didenda dan dipenjara sekali."

“Tambahan pula, tindakan akan diambil keatas mereka yang lari daripada ujian ‘breathalyser’ atau cepat-cepat memparkir kereta di tepi jalan apabila mereka melihat sekatan jalanraya oleh polis,” kata beliau.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata sebab untuk hukuman lebih berat ini dibuat setelah mengambil kira pandangan 323,000 responden bagi isu ini, dimana 94 peratus daripada responden tersebut mahukan hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah. Dalam tahun ini sahaja, sudah ada 12 kematian dilaporkan berkaitan pemanduan mabuk.

Kami juga ingin menegaskan yang semua pemandu wajib bertanggungjawab keatas kelakuan tidak berakal semasa memandu di jalan raya, terutama sekali melibatkan pemanduan dibawah pengaruh alkohol atau dadah. Jangan memandu dan merisikokan nyawa orang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda