window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selamba angkut, buang sampah tepi jalan guna trak pikap - rakaman viral bantu tangkap pelaku

Mersita · Feb 7, 2023 08:00 PM

Selamba angkut, buang sampah tepi jalan guna trak pikap - rakaman viral bantu tangkap pelaku 01

Sikap tidak bertanggungjawab sekumpulan individu yang membuang longgokan sampah di tepi jalan di Johor Bahru membawa padah apabila kelakuan mereka dirakam dan ditularkan di media sosial, memudahkan pihak penguatkuasa untuk mengambil tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, rakaman video berserta maklumat ringkas seperti lokasi dan masa kejadian insiden pembuangan sampah ini dilakukan telah memudahkan pihak penguatkuasa SWCorp untuk mengesan pelakunya.

Katanya, dia menggalakkan orang ramai merakam perbuatan sebegini kerana dengan adanya rakaman, sudah tentu tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Rakam video mereka membuang sampah jika ada dapat numbor pendaftaran kenderaan, mereka (pelaku) tidak boleh lari seperti kes di Iskandar Puteri, yang tular di media sosial semalam. Pihak SWCorp boleh tahu pemilik kenderaan dan di mana rumah mereka, kerja penguatkuasaan," katanya kepada pemberita Harian Metro.

Juga baca: Denda RM2k atau penjara 6 bulan untuk pelaku buang sampah dari kenderaan - JPJ Kelantan

Menurut laporan portal itu, pelaku berusia awal 40 tahun di dalam video tular berkenaan sudahpun berjaya dikesan dan diberi notis pemberitahuan kesalahan mengikut Akta 672. Pelaku dipanggil untuk rakaman percakapan dan setelah kertas siasatan selesai, ia dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk proses pendakwaan di mahkamah, jelas Mohd Jafni.

Juga baca: Video: Kereta cantik mentaliti buruk, pengguna Proton X50 dikecam buang sampah tepi jalan!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda