window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Servis kereta tapi kena caj "Magnetic Trap", perlu pasang ke benda ni?

Haris Β· Nov 26, 2022 04:00 PM

Servis kereta tapi kena caj

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pusat servis dan bengkel menasihatkan pemilik untuk memasang perangkap magnet (magnet trap) pada penapis minyak.

Alat ini dikatakan mampu memerangkap dan mengasingkan zarah logam dalam minyak enjin anda, sekali gus meningkatkan jangka hayat minyak enjin justeru menjaga kesihatan enjin.

Dalam kebanyakan kes, harga perangkap magnet ini hanya di bawah RM 100 dan boleh diguna semula tetapi adakah ia berfungsi? Atau, adakah perangkap magnet ini hanyalah jarum halus Al Yahud? Lagipun, kalaulah ia berkesan, mengapa pengeluar tidak memasangnya terus dari kilang? Di sini kita rungkaikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikalnya Magnet Trap berkesan tapi benarkah?

Servis kereta tapi kena caj

Penapis minyak dihasilkan berdasarkan model dan enjin. Kredit

Ya, prinsip mekanikal perangkap magnet adalah benar iaitu magnet akan sentiasa menarik logam. Namun, penapis minyak enjin sudah cukup untuk menggalas tugas itu tanpa memerlukan bantuan perangkap magnet.

Dalam mana-mana enjin pembakaran dalaman, minyak yang tersimpan dalam bekas minyak dipam melalui penapis minyak dan diedarkan ke seluruh sistem untuk pelinciran yang lebih efisien di setiap komponen yang bergerak dalam enjin, sebelum kembali ke bekas minyak.

Sebarang serpihan logam dalam minyak enjin yang hanya berukuran mikron, terperangkap oleh penapis dan dijauhkan daripada peredaran minyak.

Oleh itu, posisi magnet di sini tidak melakukan apa-apa. Jika ada, ia mungkin boleh dihiraukan kerana kebanyakan kekotoran ini lebih banyak tersangkut pada elemen penapis dan kekal di sana kerana tekanan minyak yang melaluinya.

Baca: Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu!

Magnet lemah dengan prestasi yang tidak memberangsangkan

Selain itu, terdapat data yang tidak mencukupi untuk membuktikan kekuatan atau keberkesanan magnet ini, lantas menimbulkan keraguan lagi terhadapnya. Kita tidak menafikan hukum fizik di mana magnet menarik logam tetapi elemen logam di dalam minyak pelincir telah diperangkap oleh penapis pada mulanya, jadi apa bezanya?

Demonstrasi yang selalu dipertontonkan mempunyai satu kelemahan. Minyak enjin tidak bergerak secara bebas di dalam penapis minyak anda seperti mana ia berada di dalam balang kaca tersebut.

Servis kereta tapi kena caj

Minyak enjin akan melalui bahagian tepi ke tengah sebelum dipam ke dalam enjin. Kredit

Untuk melincirkan enjin dengan betul, tekanan minyak di dalam kebuk penapis adalah sekitar 10 PSI semasa enjin melahu, hingga lebih 60 PSI pada rpm tinggi.

Enjin pembakaran memerlukan kira-kira 25 – 35 liter minyak pelincir yang diedarkan melalui penapis dalam seminit, jumlah itu meningkat kepada lebih 45 liter dalam enjin berprestasi tinggi.

Adakah logik untuk sebuah magnet kecil untuk memerangkap serpihan logam mikroskopik apabila minyak bergerak pada tekanan dan kapasiti sedemikian?

Konklusi – Tak perlu magnet trap, minyak enjin original dah memadai

Servis kereta tapi kena caj

Mari kita merujuk kembali kepada yang pakar. Setiap pengeluar menyarankan pengguna untuk melakukan servis berkala secara konsisten berdasarkan jadual penyelenggaraan yang dikeluarkan. Setiap kenderaan juga mempunyai minyak enjin dan penapis yang disahkan supaya pengguna tidak keliru dengan dakwaan-dakwaan placebo yang disebarkan oleh peniaga.

Jika dakwaaan perangkap magnet ini benar, mengapa pengeluar tidak memasangnya dari awal? Sama-sama kita renungkan.

Servis kereta tapi kena caj

Mengasingkan logam dan sebagainya di dalam minyak pelincir enjin adalah tugas penapis minyak manakala sebarang zarah logam akan dikeluarkan sebaik sahaja pemilik kenderaan melakukan servis.

Jika anda masih memerlukan perangkap minyak pada kenderaan anda, sebaiknya baca semula perenggan awal sehingga artikel tamat.

Baca juga:

Campur minyak enjin lain gred & jenama boleh buat enjin meletup – Betul ke?

β€œBila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda