window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman!

Khairil ยท Mar 1, 2022 03:00 PM

Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman! 01

Seorang penunggang motosikal Honda RS-X berpotensi untuk 'check in' di hospital selepas hampir dilanggar sebuah kereta gara-gara tindakannya menukar lorong menggunakan isyarat yang salah dengan video mengenai kejadian berkenaan tular di media sosial.

Sekalipun tiada kejadian tidak diingini berlaku, apa yang mencuri perhatian adalah gelagat penunggang motosikal berkenaan yang dapat dirakam yang bagaikan 'gangster' memberhentikan motosikalnya selepas nyaris dilanggar.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman! 01

Dalam video rakaman kamera 'dashcam' berdurasi beberapa saat itu, dapat dilihat penunggang motosikal berkenaan pada awalnya menyelit sebuah lori di kanan jalan sebelum mengubah laluan ke lorong kiri dengan lampu signal yang sentiasa  dinyalakan.

Tindakan dan signal itu mengakibatkan perakam menukar laluan ke lorong kanan namun ketika tiba di selekoh, penunggang motosikal itu sekali lagi 'buat hal' apabila mengubah laluannya ke lorong kanan di selekoh sekalipun kereta di belakangnya cukup hampir.

Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman! 02

Sekalipun video berkenaan tidak mempunyai rakaman suara, tetapi dipercayai perakam membunyikan hon mengakibatkan penunggang motosikal itu terkejut sebelum menoleh ke belakang dan memperlahankan motosikalnya bagaikan gangster.

Video berkenaan berakhir di situ dan tidak dapat diketahui apa kejadian yang berlaku susulan kejadian berkenaan.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman! 03

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata warganet mengecam kelakuan yang ditunjukkan oleh penunggang Honda RS-X berkenaan.

"Acah2 rempit ni. Kena kat aku mmg dh makan penampar," kata seorang warganet. "Ke kiri ke kanan, lepas tu usya nak gado (gaduh)," kata seorang lagi.

Signal ke kiri, tapi pusing ke kanan, reaksi 'gangster' penunggang Honda RS-X hampir dirempuh undang kecaman! 04

Komen yang diberikan seorang lagi warganet ini agak keras iaitu: "Spesies vavii men zip zack, lps tu acah gangster. Sebut dashcam, lari."

Juga baca: Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda