window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown'

Mersita · May 30, 2021 09:12 PM

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 01

Memandangkan kes jangkitan COVID-19 melonjak naik, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan ‘total lockdown’ di seluruh negara bagi mengekang wabak ini daripada terus menular di kalangan rakyat.

Oleh itu, di sini kami ingin senaraikan prosedur operasi standard (SOP) terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi sektor-sektor berkaitan kenderaan dan pengangkutan yang dibenarkan dan juga yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh ‘total lockdown’ ini berlangsung – iaitu bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Dibenarkan

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pergerakan bagi tujuan mendapatkan barang keperluan harian adalah dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman – terhad kepada dua orang sahaja termasuk pemandu.

Manakala bagi perkhidmatan kesihatan dan perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan, pergerakan dibenarkan dalam radius 10 km atau ke tempat paling hampir dengan kediaman – terhad kepada tiga orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan di dalam sebuah kenderaan.

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 01

Perkhidmatan e-hailing dan teksi juga dibenarkan, terhad kepada seorang penumpang sahaja (dua orang di dalam kereta termasuk pemandu).

Selain dari itu, perkhidmatan pengangkutan awam darat seperti bas dan tren dibenarkan dengan had 50% kapasiti kenderaan sahaja. Ini termasuklah kenderaan membawa pekerja seperti bas/van pekerja.

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 02

Stesen minyak pula dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja, manakala stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Selain itu, perkhidmatan perlu termasuklah bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti dibenarkan beroperasi antara jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 03

Tidak Dibenarkan

Seperti biasa, merentas negeri dan daerah bagi PKP 3.0 kali ini masih lagi tidak dibenarkan. Sedikit perubahan dilaksanakan bagi pasangan jarak jauh dimana ia tidak dibenarkan kali ini. Pelawat perniagaan jangka pendek pula hanya akan dibenarkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak polis.

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 04

Manakala bagi ibu bapa yang perlu menghantar anak ke pusat jagaan, hanya ibu bapa yang kedua-duanya bekerja di dalam perkhidmatan dibenarkan oleh kerajaan adalah dibenarkan sambil mematuhi had kapasiti kenderaan.

Selain dari itu, perkhidmatan ‘park & dine’ atau makan di dalam kereta adalah tidak dibenarkan, termasuklah ‘dine in’ di premis.

SOP PKP 3.0: Sektor berkaitan kenderaan yang dibenarkan & tidak dibenarkan semasa 'total lockdown' 05

Tambahan pula, pusat cuci kenderaan, kedai aksesori kenderaan, serta institut latihan memandu juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan ‘total lockdown’ PKP 3.0 kali ini.

Oleh itu, kami nasihatkan anda supaya rancang perjalanan anda dan praktikkan pembelian barangan atas-talian. Kami sudah tawarkan beberapa tip dan aktiviti berguna yang boleh anda lakukan untuk penjagaan kereta sepanjang tempoh PKP berlangsung – cuma klik pautan berkaitan di bawah.

Jaga diri, jaga SOP, amalkan ‘lockdown’ kendiri. Kita boleh ubah nasib komuniti dan negara kita dengan hanya duduk di rumah.

Sumber berita: Bernama

Baca juga:

Takut bateri kereta anda kong ketika PKP 3.0? Inilah cara mengelakkannya!

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Pengelap cermin kereta (wiper) pun nak kena jaga? Ini 5 tips penjagaan wiper!

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik!

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda