window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SpareXHub – alat ganti tulen untuk BMW, MINI & Volkswagen anda serendah RM 3 sahaja!

Faisal · Oct 26, 2021 02:00 PM

SpareXHub – alat ganti tulen untuk BMW, MINI & Volkswagen anda serendah RM 3 sahaja! 01

Mencari alat ganti tulen untuk kenderaan anda adalah satu perkara yang cukup mencabar. Bukan setakat jaminan, malah harganya juga memainkan peranan yang penting buat pemilik.

Di sinilah bergunanya SpareXHub. Untuk makluman anda, ia ditubuhkan untuk menyelesaikan kedua-dua isu supaya pemilik mudah untuk guna platform e-commerce dalam mencari alat ganti kereta yang mereka perlu.

SpareXHub – alat ganti tulen untuk BMW, MINI & Volkswagen anda serendah RM 3 sahaja! 02

Pelanggan boleh periksa terlebih dahulu sebelum membeli.

Bersempena dengan ulang tahun ke-3, SpareXHub kini menawarkan diskaun yang mana apa-apa alatan atau komponen boleh didapati dengan hanya RM 3 melalui kempen “RM 3 for 1”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengasas bersama SpareXHub berkata, “Setiap kereta BMW, MINI dan Volkswagen secara purata mempunyai 15,000 alatan. Dari semasa ke semasa, komponennya akan haus dan perlu diganti. Di sini, pengguna boleh mendapatkan alat ganti yang tulen dimana ia mengurangkan risiko daripada memiliki alatan yang kurang berkualiti.”

SpareXHub – alat ganti tulen untuk BMW, MINI & Volkswagen anda serendah RM 3 sahaja! 01

Melalui SpareXHub, pelanggan boleh membeli alat ganti dengan hanya RM3 tetapi dengan syarat, mereka perlu menunjukkan bukti pemilikan kenderaan tersebut. Perkara ini sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan pembeli daripada menjual alatan itu semula. Maklumlah, harga jauh lebih murah kan.

Selain itu, pelanggan juga boleh membeli barang seterusnya dengan kadar diskaun 90%. Syaratnya, mereka perlu menekan “like” pada laman Facebook SpareXHub dan kongsikan dengan tiga rakan yang lain.

Untuk pengetahuan anda, kempen ini dijalankan bermula 25 Oktober hingga 5 November 2021. Pelanggan yang berminat boleh masuk ke laman SpareXHub dan tekan sepanduk “RM 3 for 1”. Mereka seterusnya akan memberi anda satu slot temujanji untuk melihat barang di stor mereka.

SpareXHub – alat ganti tulen untuk BMW, MINI & Volkswagen anda serendah RM 3 sahaja! 02

Temujanji tersebut boleh dibuat untuk jam 10 am – 5 pm (hari bekerja) ataupun 10 am – 1 pm (Sabtu). Fasiliti ini terletak di 12C, Hedgeford Innovation Park, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya. Untuk lebih senang, tulis sahaja Aramex, Jalan Tandang di aplikasi Google Maps ataupun Waze.

Sekiranya anda berpuas hati dengan alatan tersebut, SpareXHub hanya memerlukan geran kenderaan anda untuk semakan dan pengesahan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda