window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga!

Haris ยท Mar 10, 2023 11:30 AM

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 01

Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa BYD mempunyai rancangan besar untuk menjual kenderaan elektrik (EV) di rantau ini. BYD Atto 3 adalah permulaan yang sangat baik, mengatasi pesaing seperti Ora Good Cat di negara-negara seperti Thailand dan Malaysia.

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 02

Bercakap mengenai Thailand, nampaknya pelancaran model seterusnya BYD di negara jiran utara kita ini berkemungkinan besar adalah BYD Seal, seperti yang kelihatann daripada imej intipan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 01

Dua laman media sosial berasingan berkongsi imej BYD Seal di Thailand. Jika dilihat dengan lebih terperinci, BYD Seal yang dipandu uji ini adalah unit pemanduan kanan (RHD), seperti yang dicadangkan oleh susunan pengelap depan. 

EV Thailand News melaporkan bahawa BYD Thailand dijangka akan mempamerkan sedan elektrik di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok yang akan datang, yang berlangsung dari 22 Mac hingga 2 April.

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 02

Hal ini seiring dengan BYD Seal yang merupakan sedan EV 4-pintu dengan reka bentuk seperti fastback.

BYD Seal hadir dalam beberapa varian trenkuasa, meliputi dua varian pacuan roda belakang dengan 204 PS dan 310 Nm, serta varian yang lebih berkuasa 313 PS dan 360 Nm.

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 03

Sebagai tambahan kepada pacuan roda belakang BYD Seal, pengeluar yang berpangkalan di Shenzhen juga menawarkan versi pemacu semua roda (AWD) yang menambah motor elektrik dipasang pada bahagian hadapan berkuasa 217 PS dan 310 Nm. Output sistem gabungan untuk versi AWD ialah 530 PS dan 670 Nm.

Baca: Bakal ke Malaysia, mari kita lihat BYD Seal secara dekat di Pameran Motor Singapura 2023

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 04

Kapasiti bateri sekitar 61.4 kWj untuk varian 204 PS RWD, manakala varian RWD dan AWD yang lebih berkuasa mendapat pek bateri 82.5 kWj yang lebih besar. Semua pek bateri adalah daripada jenis LFP Blade.

Dari segi jarak pemanduan, varian Seal dengan pek bateri 61.4 kWj menawarkan jarak 550 km, manakala versi AWD menawarkan jarak 650 km. Versi RWD, 313 PS menawarkan jarak terpanjang, pada 700 km.

Spyshot: BYD Seal dah tiba di Thailand. Ya, ia dalam perancangan untuk ke Malaysia juga! 05

BYD mendakwa pengecasan pantas DC mengambil masa 30 minit untuk mengecas dari 30 peratus state-of-charge (SoC) hingga 80 peratus.

Bagi pasaran Malaysia pula, BYD SD Motors Malaysia telah melakukan pratonton awal BYD Seal semasa pelancaran BYD Atto 3. Menurut syarikat itu, mereka menyasarkan pelancaran Q3 2023 untuk sedan EV tersebut di sini.

Baca: RHB: BYD pada 2023 akan lancar lagi 3 model EV di Malaysia - e6, Dolphin dan Seal

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda