window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan?

Khairil ยท Oct 27, 2022 03:00 PM

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 01

Seperti diketahui, Suzuki tidak lagi akan berada di grid perlumbaan MotoGP atau mana-mana perlumbaan dua roda utama dunia pada tahun depan.

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 02

Secara ringkas, antara faktor penarikan diri syarikat pengeluar motosikal gergasi Jepun itu adalah disebabkan penstrukturan semula hala tuju atau fokus mereka di pasaran dunia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 01

Ia sesuatu yang boleh dianggap menyedihkan terutama buat peminat jenama itu termasuk di Malaysia.

Tetapi sempena Grand Prix (GP) Malaysia 2022 minggu lalu, Suzuki Malaysia menayangkan satu varian istimewa membabitkan model 'Super moped' terhangatnya, Suzuki Raider R150 Fi di reruainya.

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 02

Apa yang menarik dan unik, model berkenaan dipadankan dengan liveri pasukan MotoGP Suzuki Ecstar.

Justeru, ia menggunakan warna kombinasi biru perak manakala madgad dan kowl enjin kekal hitam.

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 03

Seperti jentera MotoGP Suzuki Ecstar GSX-RR, rim yang dipadankan juga berwarna biru.

Selain perubahan liveri, tiada perubahan lain yang dijalankan terutama dari sudut reka bentuk mahupun spesifikasi mekanikal.

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 04

Justeru, ia kekal dengan trenkuasa bersesaran 147.3 cc, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang dipadankan dengan transmisi klac manual 6 kelajuan.

Sebagai model paling berkuasa dalam kelasnya, kuasa yang dihamburkan adalah 18.2 Hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 05

Mungkin boleh dianggap sedikit lambat, tapi menurut sumber, Suzuki Raider R150 Fi dengan liveri MotoGP Suzuki Ecstar ini bakal ditawarkan di pasaran pada tahun depan dan menariknya, ia bukan varian edisi terhad yang membuatkan harganya kekal 'standard'.

Suzuki Raider R150 Fi liveri MotoGP Suzuki Ecstar muncul di Sepang, tapi pelancaran tahun depan? 06

Sekalipun mungkin agak terlambat, ia masih sesuatu yang unik lebih-lebih lagi terutama buat peminat jenama itu untuk mendapatkan sedikit sejarah MotoGP.

Juga baca: Yang baru dilancar tak cukup 'padu', ini Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah, terhad 300 unit, harga RM 11.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda