window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda!

Khairil ยท Apr 16, 2022 02:00 PM

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 01

Seorang pemuda boleh disifatkan memiliki hati dan semangat yang cukup kental. Tanpa mengendahkan cabaran yang bakal ditempuh, dia menunggang motosikal kapcai 'legend', Honda EX5 untuk melakukan cabaran getir dan sukar 'Iron Butt'.

Apa yang mengagumkan, cabaran 'punggung besi' itu berjaya dilaksanakan oleh pemuda yang dikenali sebagai Aniq Izzfan, baru-baru ini dan mendapat liputan media seluruh negara.

Juga baca: 11 negara dalam tempoh 24 jam, MV Agusta dan wartawan ini pecah rekod dunia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 01

Lebih menarik, dia yang turut bekerja sebagai penunggang penghantar atau p-hailing ini turut memakai baju 'seragam' berwarna merah jambu FoodPanda bersama kotak pengangkut barangan syarikat berkenaan.

Kejayaan Aniq itu dikongsikan di laman Facebook oleh Kaki Restore dan ia pantas menjadi tular.

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 02

Info ringkas, cabaran 'Iron Butt' memerlukan pesertanya menempuh laluan sejauh 1,600 km dalam tempoh 24 jam dan ia berada di bawah persatuan Iron Butt Association (IBA) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Untuk cabaran yang ditempuhi oleh Aniq, ia dikatakan sudah pun disahkan oleh Iron Butt Malaya yang juga persatuan gabungan di bawah IBA, menurut Kaki Restore.

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 03

Untuk melengkapkan cabaran itu, Aniq dikatakan menempuh perjalanan sejauh kira-kira 1,790 kilometer dan perjalannya dimulakan pada jam 9.27 malam pada 8 April lalu dari sebuah stesen minyak di Senawang, Negeri Sembilan.

Apa yang lebih mencabar, ia dilakukan ketika bulan Ramadan dengan perjalanannya berakhir di lokasi yang sama pada keesokan hari pada jam 8.51 malam.

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 04

Mengikut info yang dikongsikan, Aniq menggunakan laluan yang meliputi Lebuhraya, Jalan Negeri dan Bandaran dan memilih untuk berhenti berehat dan mengambil foto di beberapa lokasi yang terpilih.

Secara keseluruhan, Aniq mengambil masa 23 jam 30 minit untuk melengkapkan cabaran itu dengan purata kelajuan tunggangan antara 90 hingga 100 kilometer sejam.

Juga baca: Modenas, Dominar D400 2021 sahut cabaran 1,600 km, 24 jam 'Iron Butt'. Ini fakta menarik mengenai misi ini!

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 05

Untuk diiktiraf melengkapkan cabaran 'Iron Butt', Aniq perlu merekodkan sendiri jadual perjalanan dan resit pengisian minyak sebagai bukti.

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 06

Berikut adalah data ringkas membabitkan laluan perjalanan Aniq:

Negeri yang dilalui

  • Negeri Sembilan (mula/berakhir), Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor
  • Odometer (mula): 67,133 
  • Odometer (Berakhir) 68,923 

Tabik, pemuda ini lengkapkan cabaran 'Iron Butt' guna Honda EX5, siap pakai baju dan bawa kotak FoodPanda! 07

Peta laluan yang digunakan oleh Aniq
  • Jarak keseluruhan Odometer: 1,790 KM
  • Jarak keseluruhan Gps: 1,658 KM
  • Masa perjalanan: 23 jam 30 Minit

Kos minyak: RM 80
Sahur/Berbuka: RM 10

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda