window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN!

Haris · Apr 13, 2021 06:00 PM

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 01

Sime Darby Motors dengan bangganya telah melancarkan Sime Darby Motors City - pusat sehenti automotif terhebat dan terbesar di Asia Tenggara. Sime Darby Motors City mempunyai bangunan setinggi 8 tingkat dengan keluasan 1.3 juta kaki persegi yang dibangunkan di atas tapak seluas 8.6 ekar.

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 02

Bertujuan untuk menempatkan kesemua jenama automotif di bawah edaran Sime Darby, ia bakal menempatkan pusat jualan, pusat servis, ruang pameran dan juga ruang sukan permotoran. 6 daripada 10 jenama di bawah edaran Sime Darby bakal menempatkan pusat jualan utama di Sime Darby Motors City.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 01

Antara jenama yang kini dibawah edaran Sime Darby adalah:

  1. BMW / BMW Motorrad
  2. Ford
  3. Hyundai
  4. Jaguar
  5. Land Rover
  6. MINI
  7. Porsche
  8. Volvo

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 02

Selain itu, Sime Darby Motors City juga bakal menempatkan juruteknik bertauliah dengan sijil tertinggi seperti Zertifizierter Porsche Techniker Gold Certification untuk jenama Porsche manakala juruteknik tahap Master Technicians untuk jenama Ford, Hyundai, Jaguar dan Land Rover.

Bagi pemilik Auto Bavaria, seramai 60 orang juruteknik bertauliah untuk jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad juga ditempatkan di sini.

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 03

Bagi pemilik kereta elektrik (EV), Sime Darby Motors City juga mempunyai petak parkir pengecasan untuk kemudahan pelanggan.

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 04

Porsche 3S Centre di bawah Sime Darby Auto Performance juga merupakan yang terbesar seumpamanya dalam satu kemudahan di rantau Asia Pasifik. Ia juga mempunyai zon motorsport khusus yang merangkumi simulator perlumbaan dan beberapa kereta lumba Porsche untuk pameran.

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 05

Kompleks ini juga dilengkapi dengan teknologi-teknologi canggih, antaranya Kamera Pengecaman Nombor Plet Automatik yang mampu membaca nombor plet anda dan mendaftarkannya untuk tujuan servis dan sebagainya.

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 06

Bersempena pelancaran yang gilang-gemilang ini, Sime Darby Motors City akan menganjurkan promosi "Grand Launch Weekend" dengan tawaran menarik untuk 6 jenama utama pada 16 hingga 18-April 2021.

Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN! 07

Pelanggan yang berminat perlu menempah temu janji, sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 bagi kawalan kumpulan dan penjarakan fizikal.

Alamat: Sime Darby Motors City. No.6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor,

(7 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.)

Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Motors, layari www.simedarbymotors.com

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda