window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Tak berbaloi" - Pemandu Grab sengaja tutup 'app', elak ambil penumpang dalam trafik sesak. Punca tambang mahal?

Mersita · Jun 7, 2022 03:00 PM

Hanya kerana tak sangggup berdepan kesesakan lalu lintas, pemandu Grab dilaporkan sengaja menutup aplikasi Grab Driver mereka untuk mengelak daripada menerima permintaan dari pengguna – menjelaskan sebab mengapa kadar tambang menjadi tinggi dan platform e-hailing itu ‘kekurangan pemandu’.

Menurut satu temubual oleh The Malaysian Insight (TMI), Presiden Grab Drivers Malaysia Association (GDMA) Arif Asyraf Ali mendedahkan sekitar 30 hingga 40 peratus daripada pemandu Grab memilih untuk tidak melayan permintaan dari pengguna semasa waktu puncak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Arif menjelaskan yang kesesakan lalu-lintas saban hari semakin parah dan ini menyebabkan pemandu tersekat dalam kesesakan di jalan raya yang boleh berlarutan sehingga lebih dari sejam.

Menurutnya, disebabkan oleh masalah kekurangan pemandu, pemandu lain yang masih aktif menerima tempahan terpaksa memandu lebih jauh untuk mengambil penumpang. Selain tersekat dalam kesesakan ketika dalam perjalanan untuk mengambil penumpang, mereka juga terpaksa mengorbankan lebih banyak duit untuk minyak kereta.

Juga baca: Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda?

Perbincangan tentang khidmat e-hailing dan kadar tambangnya yang semakin melonjak tinggi sedang hangat diperdebatkan sejak Kementerian Pengangkutan (MOT) mula mengambil tindakan keatas aduan dari pengguna berkaitan kenaikan kadar tambang ini sejak beberapa minggu lalu.

MOT menerima pengesahan tentang punca kenaikan kadar tambang e-hailing masa kini, iaitu kekurangan pemandu e-hailing dan kesesakan lalu-lintas.

Arif memberitahu TMI bahawa kadar kekurangan pemandu mencecah hampir 30 peratus daripada jumlah asal, apabila dianggarkan yang jumlah pemandu aktif telah menurun dari sekitar 70,000 - 80,000 orang kepada kira-kira 50,000 - 60,000 orang sahaja.

Seperti ramai sedia maklum, situasi kesesakan luar biasa yang dialami oleh pengguna jalan raya di kawasan urban seperti di Lembah Klang sedang hangat diperkatakan sejak negara beralih ke fasa endemik. Mantan menteri pengangkutan, Anthony Loke, menggesa kerajaan Malaysia untuk menangani masalah kesesakan lalu-lintas ini, terutama sekali di pusat-pusat bandar.

Juga baca: Wee: "Jangan sampai kami terpaksa kawal" - Syarikat e-hailing disiasat jika langgar had surcaj 200%

Loke berkata berdasarkan pemerhatiannya, kesesakan ini lebih teruk berbanding suasana sebelum pandemik, selain menyalahkan khidmat pengangkutan awam yang dikatakan tidak cekap.

Juga baca: Tambang Grab mahal, pengguna mula ambil teksi untuk elak ‘harga kayangan'

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda