window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori

Faisal ยท Mar 24, 2022 09:00 AM

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 01

Anak syarikat Tan Chong Holdings Berhad, TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) hari ini secara rasminya melancarkan bilik pameran terbaru di Bukit Indah, Johor Bahru sebagai salah satu daripada usaha untuk mengembangkan rangkaian di Selatan Malaysia.

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 02

Untuk pengetahuan anda, mereka juga merupakan pengedar dan penyedia perkhidmatan selepas jualan untuk trak Foton, UD Trucks, bas King Long dan kenderaan JMC.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 01

Pembukaan bilik pameran terbaharu ini dilihat begitu sesuai kerana Johor Bahru semakin berkembang dan berdekatan dengan pasaran besar seperti Singapura. Lokasi strategik dan trend pertumbuhan perniagaan yang kukuh hasil daripada pelbagai pelaburan berskala besar serta pembangunan hartanah di kawasan Bukit Indah menjadikan ia pilihan yang bernas buat TCTS.

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 02

Bilik pameran baharu TCTS ini berkeluasan 2,912 kaki persegi dan boleh memuatkan sebuah trak komersial ringan, trak pikap dan ruang rehat yang selesa untuk pelanggan.

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 03

Bilik pameran baharu TCTS ini juga menawarkan produk seperti trak tugas berat (Foton Auman), trak tugas ringan (Foton Aumark) dan trak pikap 4X4 AT (JMC Vigus Pro) demi memenuhi keperluan penggunaan yang pelbagai.

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 04

Untuk makluman anda, jualan trak Foton dan trak pikap JMC mula mencatatkan momentum sejak diperkenalkan sebagai alternatif dalam masa yang mencabar ini kerana produknya cukup inovatif dan boleh dipercayai. Malah, alat ganti dan perkidmatan servis juga amat memuaskan.

Juga bacaKelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k?

Tan Chong Trucks Sales rasmi bilik pameran terbaru di Johor, ada JMC Vigus Pro & pelbagai lori 05

Untuk anda yang hendak mengunjung, waktu operasi bilik pameran TCTS di Bukit Indah adalah seperti berikut:

  • Isnin – Jumaat: 8.15am – 6.15pm
  • Sabtu – Ahad dan Cuti Umum: 10.00am – 4.00pm

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda