window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat

Mersita ยท Aug 8, 2023 05:00 PM

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 01

Tesla secara rasminya telah membuka Tesla Centre pertama di Thailand yang terletak di The Paseo Ramkhamhaeng, iaitu sebuah pusat beli-belah terbuka di Bangkok. Pusat tersebut merangkumi bilik pameran, pusat servis dan fasiliti badan & cat di kawasan seluas 8,500 meter persegi โ€“ dapat menerima sehingga 400 Tesla pelanggan seminggu.

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 02

Sejak pelancaran rasmi jenama Tesla di Thailand pada 7 Disember 2022, pengeluar kereta elektrik (EV) itu telah menyerahkan sebanyak 7,739 unit kenderaan kepada pelanggan di sana โ€“ kumpulan pertama diserahkan pada Februari 2023. Tambahan pula, rekod menunjukkan 2,797 pendaftaran dibuat di bawah jenama itu dari Januari โ€“ April 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 01

Terdahulu, bilik pameran sementara dibuka pada Januari 2023 di lokasi yang sama dimana mereka menguruskan penyerahan kereta, lapor Autolife Thailand TV.

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 02

Susulan itu, Tesla Thailand membuka Tesla Centre pertama secara rasmi dengan mengambil alih semua bilik pameran serta pusat-pusat servis asal dari cawangan Toyota TBN Ramkhamhaeng.

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 03

Fasiliti berkenaan merangkumi bangunan pameran yang besar di hadapan dan bangunan belakang 5 tingkat, berserta tingkat bawah tanah. Secara keseluruhannya, ia menyediakan servis-servis berikut:

  • Bilik pameran
  • Pusat servis kereta
  • Pusat badan & cat
  • Kawasan penyerahan kereta
  • Gudang alat ganti
  • Kawasan penyimpanan kereta
  • Pejabat
  • Stesen pengecas Supercharger (akan datang)

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 04

Pelanggan boleh menikmati kawasan pameran di belakang yang menayangkan simulasi kawasan pemasangan EV di Gigafactory Tesla, menjadikan Tesla Centre di Thailand satu-satunya pusat yang memaparkan tayangan ini.

Tesla Centre pertama Thailand dibuka di Bangkok - ada bilik pameran, pusat servis, badan & cat 05

Sementara menunggu pembukaan Supercharger, pusat ini menjual Wall Connector terkini untuk pengecasan di rumah dan juga peranti penyimpanan kuasa Powerwall.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia