window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k

Mersita Β· Jul 12, 2023 12:00 PM

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 01

Satu lagi kereta elektrik (EV), Maxus Mifa 9, telah dilancarkan secara rasmi di Singapura dan dijual pada harga SGD 282,999 (~RM 982k). Republik berkenaan merupakan negara kedua di ASEAN yang melancarkan MPV elektrik tersebut setelah ia didebut di Bangkok, Thailand pada awal tahun ini.

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 02

Mifa 9 spesifikasi Thai, dimana ia dijual sebagai MG Mifa 9

Di sebalik badannya yang terbentuk kemas ialah bateri litium-ion 90 kWh untuk menguasakan jarak geraknya sehingga 435 km. Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan kereta, dengan kemampuan menjana 245 PS dan 350 Nm. MPV EV seberat 2.31 tan ini boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.2 saat sebelum mencapai kelajuan puncak 180 km/j.

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apabila dicas menggunakan pengecas AC 11 kW, Maxus Mifa 9 boleh mencapai 5% - 100% dalam masa 8.5 jam; manakala pengecas pantas DC 120 kW boleh mencapai 30% - 80% dalam masa hanya 30 minit.

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 01

Mifa 9 pasaran Thai

Mifa 9 merupakan produk serba baru yang dibangunkan berlandaskan platform Maxus Intelligent Flexible Architecture (MIFA) – tidak seperti saudaranya, G10, iaitu kenderaan komersial yang lebih murah dengan enjin pembakaran dalaman.

Maxus Mifa 9 vs. MPV saingan lain
  Maxus Mifa 9 Hyundai Staria Kia Grand Carnival Toyota Alphard
Panjang (mm) 5,270 5,253 5,155 4,995
Lebar (mm) 2,000 1,997 1,995 1,850
Tinggi (mm) 1,840 1,990 1,775 1,935
Jarak roda (mm) 3,200 3,273 3,090 3,000

EV ini didatangkan dengan lampu hadapan, lampu brek, dan lampu kabus belakang jenis LED, serta pintu gelongsor dan pintu bonet elektronik. Rim 19 inci juga didatangkan standard.

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 02

Mifa 9 spesifikasi Thai

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 03

Ruang kabinnya pula menampilkan tempat duduk bersarung kulit, β€˜pilot seats’ untuk penumpang barisan kedua dengan pelaras 6 cara berserta fungsi pemanas, pengudaraan, dan juga urutan. Kabinnya turut dilengkapi skrin sentuh infohibur 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, panel meter digital 7 inci, dan juga lampu ambien 64 rona.

Kelengkapan lain untuk keselesaan di dalam kabin Mifa 9 termasuklah penapis udara, pengecas peranti nirwayar, dan bumbung suria panoramik.

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 04

Mifa 9 di pasaran Thai

Dari segi keselamatan pula, Maxus Mifa 9 didatangkan dengan set penuh ADAS seperti berikut:

  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist (LKA)

Selain itu, ia turut dilengkapi pengesan parkir hadapan dan belakang, kamera panoramik 360 darjah, serta sistem pemantau tekanan tayar (TPMS).

Malaysia belum lagi, EV Maxus Mifa 9 dilancar di Singapura - jarak gerak 435 km, harga RM 982k 05

Maxus Mifa 9 didatangkan sekali dengan waranti 5 tahun/100,000 km yang merangkumi seluruh kereta; manakala baterinya pula dilindungi oleh waranti 8 tahun/200,000 km. Servis percuma turut diberi untuk 3 tahun/90,000 km di pasaran Singapura.

Bagi pasaran kita pula, Maxus Mifa 9 akan tiba di Malaysia dalam tahun ini memandangkan kehadirannya sudah diacah baru-baru ini.

Juga baca: Apa barang Alphard? Maxus Mifa 9 EV dilancarkan di China; MPV 6-tempat duduk elektrik, dari RM 178k

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Maxus Mifa 9 Upcoming 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia