window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tesla Model Y import rasmi untuk Malaysia - harga dari RM 199k, naiktaraf FSD RM 32k, penyerahan mula 2024

Mersita Β· Jul 14, 2023 10:30 AM

Tesla Model Y import rasmi untuk Malaysia - harga dari RM 199k, naiktaraf FSD RM 32k, penyerahan mula 2024 01

Sebelum pelancaran rasmi Tesla Malaysia pada 20 Julai nanti, syarikat kereta elektrik (EV) terkemuka itu telah mengumumkan yang Tesla Model Y kini sudah boleh ditempah di laman sesawangnya, dengan harga bermula dari:

  • Tesla Model Y RWD – RM 199,000
  • Tesla Model Y Long Range AWD – RM 246,000
  • Tesla Model Y Performance AWD – RM 288,000

Tesla Model Y import rasmi untuk Malaysia - harga dari RM 199k, naiktaraf FSD RM 32k, penyerahan mula 2024 02

Model Y pasaran Thai

Model Y RWD ini merupakan kereta Tesla termurah yang ditawarkan Tesla Malaysia – menawarkan jarak gerak 455 km (WLTP) dan pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat. EV ini didatangkan dengan rim 19 inci yang boleh dinaiktaraf kepada 20 inci dengan bayaran RM 10,000.

Model Y Long Range AWD mampu memecut 0-100 km/j dalam 5.0 saat dengan jarak gerak WLTP 533 km. Pilihan saiz rimnya sama seperti model RWD dan kedua-dua model ini mempunyai kelajuan puncak 217 km/j.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Anwar Ibrahim: Elon Musk mahu berbincang, mungkin tambah pelaburan di Malaysia

Tesla Model Y import rasmi untuk Malaysia - harga dari RM 199k, naiktaraf FSD RM 32k, penyerahan mula 2024 01

Varian tertinggi, Model Y Performance AWD, mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.7 saat, dengan kelajuan puncak 250 km/j, dan jarak gerak 514 km (WLTP). Ia tampil dengan rim Uberturbine 21 inci, brek berprestasi, β€˜spoiler’ gentian karbon, pedal aluminium, dan β€˜suspension’ direndahkan.

Spesifikasi Tesla Model Y Malaysia
Spesifikasi Base Long Range Performance
Jarak gerak (WLTP, km) 430 533 514
0-100 km/j (s) 6.9 5.0 3.7
Pacuan RWD AWD AWD
Output 347 PS / 420 Nm 514 PS / 493 Nm 534 PS / 660 Nm
Bateri (kWh) 57.5 75 75
Pengecas (AC) 11 kW 11 kW 11kW
Pengecas (DC) 170 kW 250 kW 250 kW

Semua kenderaan Tesla dilengkapi dengan Autopilot sebagai standard; termasuklah fungsi seperti brek kecemasan dan pengesan titik buta. Tambah RM 16,000 dan pembeli boleh menaiktarafnya kepada Enhanced Autopilot yang membawa tambahan fungsi moden seperti Navigate on Autopilot dan Smart Summon.

Pakej Full Self-Driving (FSD) boleh dibeli dengan harga RM 32,000. Ia memerlukan pemantauan pemandu secara aktif kerana ia masih lagi diklasifikasikan sebagai fungsi pemanduan separa berautonomi SAE Level 2.

Tesla Model Y import rasmi untuk Malaysia - harga dari RM 199k, naiktaraf FSD RM 32k, penyerahan mula 2024 02

Jika berminat untuk memilih perincian Tesla Model Y di Malaysia, anda boleh lawati laman sesawang Tesla Malaysia di sini. Penyerahan kepada pembeli dijangka bakal bermula pada awal 2024.

Juga baca: Tesla EV akan datang ke Malaysia secara rasmi - Ini semua yang anda perlu tahu!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Tesla Model Y Rear-Wheel Drive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia