window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024!

Haris · Jun 16, 2022 03:00 PM

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 01

Sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menjadi pemain automotif global, Chery yang disahkan bakal ke Malaysia telah memasuki fasa baharu dalam strategi rangkaian kuasanya yang merangkumi trenkuasa tradisional, hibrid dan elektrik – dibawa ke peringkat seterusnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan.

Digelar sebagai 'All-Domain Power Architecture', projek menyeluruh itu menyerlahkan rangkaian enjin efisiensi tinggi "Generasi Keempat" baharu dengan rangkaian kuasa hibrid, EV dan PHEV - bertujuan untuk memberi kelebihan kepada Chery untuk bersaing dengan gergasi seperti Geely dan Haval.

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembangunan thermodinamik kini selesai bagi 3 enjin generasi keempat dan memasuki fasa kalibrasi piawaian, manakala pembangunan enjin pertama di bawah generasi kelima telah diluluskan. Reka bentuk enjin ini dijangka akan dimuktamadkan pada akhir-Jun 2023 sebelum dimasukkan dalam kenderaan pertama menjelang 2024.

Enjin khusus 1.5 liter turbo hibrid ini dilengkapi dengan suntikan langsung, sistem pembakaran kecekapan tinggi pintar i-HEC 4.0 dan teknologi peredaran semula gas ekzos (EGR) tekanan rendah untuk mencapai kecekapan haba sebanyak 43.9% yang lebih tinggi dari standard industri.

Program penyelidikan awal mengenai enjin berkecekapan tinggi, menggunakan teknologi pre-chamber jet ignition dan lean-burn, telah mencapai sasaran kecekapan haba melebihi 45% dalam makmal.

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 01

Dedicated Hybrid Transmission (DHT)

Pada 18hb Mei 2021, Chery melancarkan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menampilkan dua motor, sembilan mod operasi, 11 kombinasi gear dan twin-shaft drive, menjadikan transmisi ini yang pertama seumpamanya di kalangan jenama China.

Pada 25hb Februari 2022, salah satu project R&D utama di negara Tembok Besar diketuai oleh Chery iaitu ‘Projek Pembangunan Trenkuasa Kenderaan Penumpang dan Integrasi Baharu serta Cekap Kos’ telah diluluskan di Wuhu, China. Hasil projek tersebut ialah transmisi DHT generasi pertama Chery, iaitu 3DHT125 telah dihasilkan dan kini boleh ditemui dalam Chery Tiggo 8 Pro e+ yang terkenal di seantero dunia.

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 02

Sistem pertama DHT Super Hybrid ditampilkan dalam model Chery Tiggo 8 Pro e+.

Pada Mac 2022, projek 'Dedicated Hybrid Engine (DHE) development' Chery, satu lagi projek R&D utama negara, telah diluluskan penilaian Kementerian Sains dan Teknologi China. Projek ini memberi tumpuan kepada penyelidikan ke dalam enjin kitaran Miller dalam nisbah mampatan tinggi dan pembakaran tanpa ketirisan tenaga yang tinggi untuk memanfaatkan enjin generasi keempat dan kelima Chery.

Baca: Chery Tiggo Pro 7 dan Tiggo 8 Pro bakal mencabar X70 dan X90 - sah tiba ke Malaysia!

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 03

Syarikat itu akan terus mengoptimumkan transmisi DHT tiga kelajuannya untuk kenderaan elektrik hibrid (PHEV) plug-in bersaiz sederhana sambil membangunkan transmisi DHT kelajuan tunggal untuk PHEV kompak dan sub-kompak dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Baca: Chery buka institut penyelidikan untuk pembangunan sumber tenaga baru, berasas elektrik & pintar

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 04

Chery memasuki segmen tenaga baharu pada 1999, dan trenkuasanya tidak terhad pada enjin bahan api dan hibrid. Pada 2017, kenderaan elektrik Chery EQ1 dilancarkan di China dan mendapat sambutan baik.

Sementara itu di Konvensyen Pengeluaran Dunia 2019, Chery mempamerkan kenderaan hidrogen generasi ketiganya dengan barisan sel bahan api 30 kW yang mampu dipenuhi dengan hidrogen dalam tiga minit, memberikan jarak pemanduan melebihi 700 km.

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 05

Chery juga telah memperoleh keupayaan untuk membangunkan unit kawalan elektrik untuk enjin (ECU), sistem hibrid (HCU) dan motor (MCU), termasuk telah menggunakan sumber mesra alam untuk membangunkan teknologi kenderaan elektrik teras (EV) termasuk transistor bipolar (IGBT), litar bersepadu silikon-karbida (SiC) dan bateri keadaan-pepejal.

Merangkumi tenaga bahan api, hibrid, elektrik dan hidrogen, All-Domain Power Architecture oleh Chery merangkumi setiap pelan hala tuju yang diketahui untuk teknologi kuasa automotif dalam tempoh 30 tahun akan datang, dengan tumpuan segera adalah pembangunan mandiri lengkap produk elektrik.

Trenkuasa EV, HEV dan PHEV buatan China akan menyusul ke Malaysia, Chery lancar tahun 2024! 06

Kali terakhir kami melaporkan, pengeluar kereta China itu dijangka kembali semula ke Malaysia pada suku ketiga 2022 paling awal. Beberapa model pertama yang akan dilancarkan di sini mungkin diimport dari Indonesia misalnya Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro antara model yang diumumkan untuk pemasangan di sana.

Baca: Model SUV dari Chery antara terlaris dunia, anda mungkin tak percaya angka jualan di negara-negara ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda