window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: 'Double park' sampai halang kereta keluar, nombor plat & cermin sisi Perodua Viva ini dilunyai

Faisal ยท Sep 12, 2022 12:00 PM

Video: 'Double park' sampai halang kereta keluar, nombor plat & cermin sisi Perodua Viva ini dilunyai 01

Tangkap layar.

Semalam, tertular satu rakaman dashcam di sekitar Jalan Kuchai Maju 1 yang memperlihatkan tindakan seorang lelaki yang merosakkan nombor plat belakang dan menghentak cermin sisi kiri sebuah Perodua Viva yang berwarna perak.

Namun kalau diperhatikan betul-betul, perbuatan suspek yang memandu kereta Mercedes-Benz C 200 Coupe itu adalah disebabkan kesukaran untuk keluar dari tempat parkir kerana dihalang oleh sebuah Perodua Viva.

Video: 'Double park' sampai halang kereta keluar, nombor plat & cermin sisi Perodua Viva ini dilunyai 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akibat terlalu bengang juga, suspek turut menghempas nombor plat itu ke atas jalan raya.

Video: 'Double park' sampai halang kereta keluar, nombor plat & cermin sisi Perodua Viva ini dilunyai 01

Apapun, menurut Ketua Polis Daerah Brickfields. pihaknya sedang mengenal pasti suspek tersebut. Beliau juga turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk memberi keterangan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau hubungi talian Hotline Polis Brickfields di 03-22979222 atau terus ke Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999.

Juga baca(Video) Toyota Vios ‘double park’ kena ‘tibai’ longgokan sampah atas kereta. Patut atau tak?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda