window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Toyota Vios ‘double park’ kena ‘tibai’ longgokan sampah atas kereta. Patut atau tak?

Mersita · Nov 10, 2021 01:00 PM

(Video) Toyota Vios ‘double park’ kena ‘tibai’ longgokan sampah atas kereta. Patut atau tak? 01

Isu ‘double park’ sudah menjadi norma kehidupan warga ibu kota dan sesuatu harus dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, mungkin ramai lagilah yang akan menjadi mangsa – lihat saja kes Toyota Vios yang tular baru-baru ini dimana longgokan sampah ditinggalkan di atas ‘windshield’ kereta itu kerana ia di-‘double park’ sambil menghalang kereta lain.

(Video) Toyota Vios ‘double park’ kena ‘tibai’ longgokan sampah atas kereta. Patut atau tak? 02

Sumber: FB

Video kejadian itu yang dimuatnaik oleh akaun @choyweikit semalam sudah tular di media sosial TikTok sehingga mendapat lebih 900,000 tontonan dan 56,000 tanda suka. Menurut gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook pula, kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

@choyweikit

omg🤭🤣🤣😂

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
♬ bunyi asal - muhamad yusof ghazali

Kejadian tular itu mendapat pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada diantara mereka yang mengecam pemandu Vios berkenaan kerana dipercayai ‘double park’ tanpa menarik brek tangan pada gear ‘N’ atau meninggalkan nombor telefon.

“Jgn pentingkan diri sendiri. Kalau parking mcm tu sbb emergency ke ada hal ke.. Habis, tu org yg keluar tu emergency mcm mana pulak. Akal ada kena guna,” komen pengguna TikTok, skber17.

@choyweikit

🤭🤭🤭🤭🤭🤭

♬ original sound - השיר שלנו✨

Ada juga segelintir warganet yang kurang senang dengan tindakan melonggokkan sampah di atas kereta berkenaan walaupun pemandunya bersalah. “Org double park, betul salah dia dan Bo, tp kau buang sampah kat keta dia, confirm2 dia blah je habis sampah tu bertebaran. So kesimpulannya dua2 sama,” komen wanAqua pula.

Pelaku yang melonggokkan sampah di atas Vios berkenaan tidak dapat dipastikan. Namun, wajarkah perbuatan pelaku tersebut, ataupun patutkah pemandu Vios berkenaan atau pemandu serupa diberi pengajaran supaya golongan ini lebih bertimbang rasa di kemudian hari? Jom kongsi pendapat anda di Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda