Video: Gara-gara nak elak bayar tol di Batu 9, Perodua Myvi ini sanggup guna lorong motosikal
Faisal · Dec 16, 2022 10:00 AM
0
0
Petang Selasa yang lalu, tertular video rakaman milik Twitter @myferk di sekitar Plaza Tol Batu 9, menghala Kajang di mana sebuah Perodua Myvi berwarna perak didapati menggunakan laluan motosikal.
Kereta yang berdaftar dengan plat nombor VBW 5563 itu dipercayai hendak mengelak bayaran tol.
Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada pemandu itu sengaja melakukan perbuatan tersebut atau tersilap masuk lorong kerana laluan khas untuk motosikal kadang-kadang boleh mengelirukan para pengguna jalan raya. Tetapi dengan adanya nombor pendaftaran yang jelas, pihak berkuasa pasti sedang menjalankan siasatan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.