window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo XC60 milik MB Kedah dibida RM 150,000 untuk bantu Palestin

Mersita · May 19, 2021 11:59 AM

Volvo XC60 milik MB Kedah dibida RM 150,000 untuk bantu Palestin 01

Kereta Volvo XC60 AWD T6 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berjaya dibida pada harga RM 150,000, katanya dalam satu sidang media semalam (18 Mei).

Muhammad Sanusi pada Sabtu lalu membuka bidaan untuk kereta Volvo miliknya itu dengan tujuan untuk menyalurkan hasil jualan kereta berkenaan kepada tabung misi bantuan umat Islam di Palestin iaitu aid4Palestine. Dibuka untuk bidaan pada harga rizab RM 55,000, pembida kereta berkenaan membelinya dengan harga tiga kali ganda.

Volvo XC60 milik MB Kedah dibida RM 150,000 untuk bantu Palestin 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut beliau, kereta itu dibelinya pada tahun 2018 pada harga RM 60,000.

Menurut laporan Sinar Harian, seramai lebih 20 individu dari dalam dan luar Kedah turut membida kereta berkenaan dalam masa tiga hari.

Volvo XC60 milik MB Kedah dibida RM 150,000 untuk bantu Palestin 01

“Sasaran saya hanya sekitar RM70,000, pada saat akhir berlaku saingan antara tiga individu dan pembida tertinggi menawarkan RM150,000 untuk memiliki kenderaan itu,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa ilham untuk membida kereta ini adalah untuk membantu saudara Islam di Palestin. Beliau percaya ramai lagi yang akan menyumbang kepada tabung Palestin melalui usaha yang dijalankan oleh Pas Kedah.

Volvo XC60 milik MB Kedah dibida RM 150,000 untuk bantu Palestin 02

Pembida, Mohammad Yaakob Yusra Mohd Yusof dari Murtadha Dakwah Centre (MADAD) Sungai Petani, berjaya mendapatkan kereta tersebut setelah tiga kali bidaan – bermula dengan RM 60,000 dan kemudiannya dinaikkan kepada RM 80,000. Seminit sebelum bidaan ditutup, beliau nekad membida sebanyak RM 150,000.

Volvo XC60 milik MB Kedah dibida RM 150,000 untuk bantu Palestin 03

“Kalau menteri besar korbankan kereta miliknya untuk bantu Palestin, saya pula membida kereta untuk disalurkan ke tabung Palestin. Sumbangan ini bukan dari akaun MADAD, malah saya wakafkan semula kereta itu kepada MADAD untuk kegunaan tenaga pengajarnya,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volvo XC60 B5 Momentum

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda